"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Friday, 9 December 2011

HAMPA...

Posted by MIRA at 10:55
Reactions: 
0 comments
ouh..hampa nya...actually dah tak ada mood nk menulis lagi.
Tadi aku dah siap tulis entry tuk kali ni tapi tup2..tiba-tiba intrnet slow.
lastly,sume yang Aku tulis dah hilang cmtu aje.
Dah la panjang berjela-jela. Ni 2nd time jdi macm ni,..Frust!! = (

makin stress jadinya,Baru aje tadi bercakap pasal how to handle stress.
Sekarang memang dah betul2 stress.
Eiii...dah la. Tak de mood dah.
Next time aje la. Merajuk dengan blog.

Sunday, 4 December 2011

AKU dan BUKU...

Posted by MIRA at 10:52
Reactions: 
0 comments
Aku dan buku meemang tak dapat dipisahkan. Aku sangat3 minat membaca. Tak kesah la novel ke, magazines ke, surat khabar ke...asal boleh dibaca. Aku ingat lagi, kalu kecik2 dulu kalau orang tanya "hobi kau apa eh"? aku akan jawab panjang berjela-jela sebab aku banyak hobi. Tapi for sure, membaca tu mesti ada. Bukan nak cakap aku ni ulat buku,tapi seriusly! best kot baca buku ney..sampai sekarang pun kalo orang tnay hobi aku,aku kan jawab jugak membaca..

Tapi aku paling gila kan novel.Kat rumah ad 2 kotak penuh novel sampai my lovely mom pun dah suruh stop beli novel..hehe..katanya, banyak sangat sampai tak de space nak letak novel-novel tu semua. " Sori mama...i can't, That's my soul"..hehe..tapi aku tahu.Mama aku saje je cakap macm tu sebab dia pening tengok banyk  sangat novel. Tapi sebenrnya dia tak halang pun.

Dulu aku cukup takut nak baca novel depan my mom. takot kena marah. Yela...masa tu aku sekolah lagi. Start drjah 6 kot aku baca novel .Pulak tu novel cintan cintun ni..mana tak marah..hehee..still too young kot nk baca novel2 bagai ni.First novel aku baca kalo tak silap...hemmm..KAU YANG SATU Tapi bila dah masuk form 3 and above tu, aku dah berani baca depan2. Takkan nak marah kn?Aku dah cukup dewasa...hehe..(dewasa ker???)

Ramai yang tanya especially kawan lelaki."weh,apa yang bestnye baca novel ni?dah la tebal macam kamus!tengok je terus mengantok. Tak sampai 10 page dah surrender". aku jawab " best la..tak tahu nak describe cmne. Memang la tebal macam kamus,tapi contentnya bukan macam kamus kan??tak bosan pun..bila dah start,susah nak berenti. bila part sedih..rasa cam diri sendiri yang duk kat tempat watak tu. Bila happy or marah pun sama jugak. Tapi depends on novel tu gk la..kalu jalan cerita lemau je..tak best jugak. Tapi so far, aku masih lagi gila kan novel! sampai sekarang. Antara feveret aku :

1. bicara hati
2. andai itu takdirnya
3. adam dan hawa
4. gemersik kalbu
5. setulus janji
6.bila hati kata sayang                                                           
7.lafazkan kalimah cintamu 
8.7 hari mencintaiku
9 ombak rindu (baru tgk movie die smalam. best! =)  )
10.pergi lah sepi
11.sepi tanpa cinta
12.cinta pertama   

fuhhh...penat nak tulis semuanya!tapi tu la antara novel yang aku paling suka.5 star aku bagi. Tapi ad yang tak ikut rangking sebab banyak sangat!!!

Dan semalam aku sempat menjelajah kedai BUKU POPULAR. Ahamdulillah..sempat jugak aku capai sebuah novel yang diberi tajuk KEMILAU KARYA KASIH dan lagi satu motivation book yang dah lama aku berhajat nak beli lepas di suggestkan oleh penulis buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA. Buku ni quite famous dan aku tak mau terlepas peluang memilikinya. Kalau tak percaya, try la beli..hehe (promote). Tajuk buku ni MEN ARE FROM MARS,WOMAN ARE FROM VENUS..(tak sabar nak baca.belom ad free time).




Kalau korang nak tahu best ke tak, apa kata korang try baca. Try to develop your interest in reading.Tak rugi pun sebenarnya. Sape kata baca novel tak de manfaat?? Ada ok...banyak sebenarnya pengajaran yang boleh di ambil dalm novel yang kita baca tu. Aku sendiri kadang2 muhasabah diri lepas baca certain novel.hemm..






* i can't wait nak bce sume ni. dear adikku alia zakaria, finally i got this!wait for me haaa.. :)

Saturday, 26 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH...

Posted by MIRA at 12:51
Reactions: 
0 comments
Salam Maal Hijrah buat semua umat islam..
terasa sekejap aje masa berlalu. Sekarang kita dah pun masuk tahun baru dalam kalendar islam. Masa ni la sebenarnya masa yang sesuai untuk kita memperbaharui azam kita..

Segala kekhilafan,kita betulkan. Segala kekurangan kita cuba perbaiki supaya menjadi lebih sempurna dan yang paling penting segala amalan baik,kita berusaha tingkatkan...

Kalau sebelum ni banyak perkara yang tak betul kita lakukan, cuba lah untuk memperbetulkannya. Tiap-tiap hari aku cuba muhasabah diri dan mencari di mana kelemahan aku. Bila dah jumpa dengan titik kelemahan tu,aku tahu aku mesti perbaikinya. Sebenarnya terlalu banyak kelemahan.

Tapi berdiam diri bukanlah penyelesaiannya. Tanpa usaha, kelemahan itu tidak akan dapat di atasi. Memang tiada yang sempurna di dunia ini melainkan NYA, tapi berusaha mencari kesempurnaan itu tidak salah.

Waktu ini,saat ini,detik ini...yes...aku sendirian menghadap laptop dan assigment yang boleh tahan banyak nya. Normal..student life! masih lagi berkira-kira yang mana harus aku dahulukan. Alhamdulillah..sebahagiannya hampir siap. Hanya sebahagian, bukan separuh..lain tu. Banyak bahagian lagi yang tak siap. Tapi aku kan cuba gunakan masa yang ada ni sebaiknya.

Dalam kepala masih ada lagi sisa-sisa test finance yang aku jawab semalam.Terasa agak ralat. I feel like i do not perform well..makin di fikir,makin pressure jadinya. Kalau tak nak fikir pun ia tetap jugak datang. Of course! betapa aku menghabiskan banyak masa di libry. Rasa macam dah nak final pun ada..itu lah penangan test finance semalam! at the end, aku rasa macam tak boleh buat pulak. Kalau masa tu dapat diundurkan balik, aku la orang pertama yang nak jawab test tu. Betapa kesilapan yang kecil tu mengakibatkan kehilangan yang besar..hurmm..tak tau la nak kata apa lagi. Just wait for the result! Harapnya, still lg pada tahap yang boleh dibanggakan.

Ok! habis pasal test finance.Sekarang aku nak cakap pasal azam pulak. Semestinya aku nak jadi hamba ALLAH yang lagi baik dari semalam, anak yang solehah, wanita yang bermaruah, berprinsip teguh, bisa membantu sesiapa yang memerlukan selagi termampu, dan satu lagi, harapnya aku mampu mengecap pencapaian yang membanggakan dalam final exam nanti! 

To be honest, i'm quit worried..really2. Rasa sangat tough sem ni. Memang memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Aku tak tahu macam mana nak describe tahap kerisauan ni, tapi one thing yang aku tahu. Aku mesti kuat. By hook or by crook! YA ALLAH... permudahkanlah segalanya bagiku..

It's the time to lie on bed and sleep...banyak lagi hal yang nak di settlekan besok. Very hope that everything will be fine and smooth..yes,that's it! :)





*dah dekat 5 pagi..dahsyat mata aku ni.. :) tak ngantok2 lagi!









Tuesday, 8 November 2011

WhAT tO Do??

Posted by MIRA at 05:22
Reactions: 
0 comments
Oh my God! what to do?? baru aje ingat nak start prepare slide for subject finance
Lagi 2 minggu kot aku nak present. Memang macam lama lagi..macam ok..tapi 
kejap je tu sebenarnye. Aku malas nak tangguh sebab lepas cuti ni banyak lagi
test + final project. Tapi malangnya, aku punya part tuk present tu tak ada pulak
dalam text book and manual  : (

Hemm..nampaknya terpaksalah aku postpone dulu. Better aku buat kerja lain dulu la.
Tapi ofkos nextweek i'll be very busy pergi library cari buku finance. Kalau just google
je,belum tentu betul atau tak. Kalu tak,mau nye kena hentam..hehe..it's ok..chill!


Bercakap pasal busy ni,actually aku pun bakal busy jugak hari sabtu ni. My old friends
time sekolah menengah dulu (Smk Sultan Sulaiman) will get married! Congrats to both of you..
Tak sangka korang yang akan kahwin dulu kan?Rasa macam baru lagi kita kenal,jadi kawan,
buat kerja gila sama-sama..haha..kelakarnya kalau ingat time sekolah. Nakal habes! Aku
 ingat lagi bila korangcakap aku kot yang kawin dulu sebab at that time aku je single..haha..
ada sesetengah orang cakap,yang nampak diam tu dulu la biasanya kahwin awal.






pic time form5..rndu nye zmn dlu2.tp knp cm x ckp je korum je..










majlis graduasi..







Tapi inilah percaturan takdir!Siapa sangka finally, korang berdua dulu yang naik pelamin antara
kita semua. Pertemuan,jodoh,ajal dan maut tu kan di tangan Tuhan. So,ini lah antara buktinya.
Yang paling tak sangka, dua2 kawan aku nieh kahwin tarikh yang sama! Pening la aku nak kena 
pergi yang mana satu dulu..hihi..btw, thanx atas undangan korang berdua.


Aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan jadi lah seorang
isteri yang solehah..dan doakan yang terbaik jugak untuk aku (sempat lagi tulis kat sini :)  ). InsyaAllah..
aku pergi majlis korang kalau tak ada aral melintang. Semoga dipermudahkan olehNYA..yela, lepas
ni bukan senang nak jumpa,hang out sama-sama kan..


Then, sehari lepas tu,aku bakal pulang semula ke UiTM KBM yang terchenta!hehehe,,tak boleh cuti
lama-lama. Nanti makin malas pulak jadinya. Redha aje la cuti kali ni aku tak dapat lepak lama-lama
depan TV. Padahal aku ni hantu TV kot...hehe..tak pe..bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang
kemudian..(tiba2 keluar pepatah plk). Ok la, i'll write later. It's enough at this moment! Salam... :)



Just want to share this nice WHITE ROSE pics..my sis dapat as a gift for her birhday today! how lucky..
white rose kot....jelesss!!







* happy bfday sis!semoga dipnjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan olehNYA..


Monday, 7 November 2011

PeNDaM...

Posted by MIRA at 05:51
Reactions: 
0 comments
Salam...kali ni aku tak sempat nak post entry panjang2. 
'Busy' sangat raya ni..hehe..ouh..btw, aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua kawan2 
dan jugak family. Actually aku belom dapat  idea entry  
apa aku nk post kat sini. Tapi disebabkan sorang kawan
 aku yang rajin bertanya,aku post jugak la. Tapi sorry..kalau
 entry ni tak menarik(mmg tak pun..hihi ).

Ok,kali ni aku nak share lagu terbaru daripada SHAHIR AF8.
Aku bukan nak bercakap pasal Shahir,tapi just nak share lagu
 baru dia yang aku rasa best sangat! First time dengar lastweek,
aku terus jatuh cinta dengan lagu ni. Lirik dan melodi yang sangat
 touching gittoo..hehe..tapi mesti korang cakap aku jiwang karat kan??
tak kesah la apa yang korang nak kata.Yang penting aku suka lagu ni.
Jom layan  lagu PENDAM ni...    :)




Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya



Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati


Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati


Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta





*sekali sekala jiwang karat kn..hihi..buku tak bukak lg. Bila la aku nak jd rajin ni..huu..





Saturday, 29 October 2011

GO GREEN! ~ It's woRth Guys..

Posted by MIRA at 13:14
Reactions: 
0 comments
Salam...ok,kali aku nak cakap pasal GO GREEN CAMPAIGN yang aku dan semua student yang ambik subject PD sertai lebih kurang 2 minggu yang lepas(lambat update). Aku akui,memang ramai yang tak puas hati dan bagi feedback yang agak tidak memuaskan.
Ofkos aku sendiri pun rasa ada certain things yang  tak best pasal program ni.. tapi bila fikir-fikir balik,it's not that bad. (sori kalo ada yang x setuju dengan aku : P )

Why i said this??because aku rasa program ni merapatkan hubungan silaturrahim antara budak2 kelas aku. Ok,actually..kelas aku sekarang BBAM3B adalah gabungan antara kelas 3B dan 3C. Sebelom ni,kelas B hanya ada lebih kurang 14 orang student(kalo x silap) dan kelas C pulak lebih kurang la..sangat la sedikit total student dua-dua kelas ni. Jadi, disebabkan hal-hal yang tertentu, kedua-dua kelas ni akhirnya digabungkan..

Apa yang dapat aku katakan kat sini,sangat susah pada mulanya nak dapatkan keserasian antara kami.Yela..sebelom ni,kami memang dah terbiasa dengan jumlah seramai tu(14 org). But then,tiba-tiba bertambah..ofkos tak mudah. Mesti ada la perasaan tak selesa, tak puas hati..even tak banyak,aku percaya mesti ada jugak sikit..betul kan?? Bagi aku it's normal. Bukan senang nak terima sesutu perubahan.

Tapi sekarang, kami semua dah bertambah ok dan aku rasa jurang tu semakin kecik. Semua ni aku rasa berkat program GO GREEN tu la. Sebab time program ni,kitaorang semua memang bersatu padu habes(ayat skema cket) nak buat yang terbaik. Start dengan buat kostum,tanam pokok,gotong-royong dan lain2.

Memang program tu agak memenatkan kerana kitaorang terpaksa berjalan jauhhh.....meredah bukit bukau dan celah-celah bangunan..kulit pun burn..hehehe..memang terrrrsangat penat. Tapi at least aku rasa ada hikmahnya program ni.Tak de lah sampai tak ada manfaat langsung. At least dapat la jugak belajar tanam anak-anak pokok. Dan yang paling best aku rasa part mula wujudya persefahaman antara kami. Dalam pahit,ada manisnya..tak la semua nye pahit..kan??

Jadi siapa-siapa yang rasa pogram ni sangat annoyying, aku rasa tak patut la.Memang ada kekurangan tapi itu normal la. After all,ni kan untuk kita punya final marks jugak kan...and then think it on the positive side!pikir balik apa yang korang dapat dari situ. Maybe one fine day,you will smile when you remember it.. :).Semua ni akan jadi kenangan kita time belajar. So,kat sini aku nak kongsi pics time GO GREEN!




" together we stand,divided we fall!"




para maskot..hehe..




we're BBAM3B!






*tgh frust sbb trengganu kalah dgn n9 piala malaysia..sob2..xde rzeki :(









Thursday, 20 October 2011

"ye ke kamu SINGLE?"

Posted by MIRA at 05:00
Reactions: 
4 comments
Tajuk entry kt atas mungkin agak klise tapi tak kesah la..yang penting ada isi nak di fokuskan..ye tak? :) ok! Let's start the discussion!

Pernah tak anda2 semua(the readers) dapat soklan macam kat atas tu?Mungkin ada yang pernah.mungkin juga tak..ye la,kalau tak single takkan dapat soklan cmni kan?to be frankly..yup..aku pernah dapat soklan ni. Bukan setakat pernah,tapi  kerap kali  jugak.terbaru,lastweek.Kenapa??sebab aku memang single!but plez..ni bukan announcement nak bagi tahu aku single but sometimes i feel ada sesetengah hal kita patut share pendapat.

Aku tak malu atau rendah diri nak mengaku sebab i don't think it is wrong. Bukan salah aku bila aku single,bukan jugak salah takdir bila hati tidak terbuka untuk menerima sesiapa. Aku tak pernah salahkan sesiapa.dan aku rasa korang yang still single pun tak patut salahkan sesiapa..semua tu kerja ALLAH. Yes..memang kita patut berusaha tapi depends jugak la setakat mana usaha kita tu. Asalkan tak  membelakangkan agama dan tatasusila..it's ok..

Aku pernah terfikir,perlu ke kapel ni??kalau tak kapel tak boleh ke? tapi aku tak pernah merendahkan-rendahkan kawan-kawan aku yang kapel. Itu hak mereka. dan aku sendiri happy tengok diaorang semua happy. Cuma aku yang belum terbuka hati kot..hihi..entah ...no reasons! kalau cakap tak pernah suka kat sape2 tu konfem la tipu... :). 

Bagi aku, relationship is something very hard to deal with sebab ia memerlukan komitmen,kesabaran,kepercayaan dan macam2 lagi la. Dan aku tak rasa aku dah bersedia untuk semua tu. Banyak lagi yang belum tercapai dalam hidup aku. Single life terlalu berharga bagi aku.Agak susah rasanya nak lepaskan title tu. Aku pernah terpikir,kalau aku in relationship with someone,perlu ke aku sms dia tiap hari,tanya tengah buat apa,wish gud nite,gud morning dan segala macam wish la..lepas tu kena bagi tahu semua aktiviti harian aku?Uhhh..susahnya..sebab aku seorang yang tak suka dikongkong,tak romantik dan kadang2 macam tak berperasaan. Pernah sekali my sis cakap aku memang tak romantik langsung!Katanya, "kesian sape jadi husband kau nanti..".haha..(sis!jgn pandang rendah kat i okeyy...  :P)Tak perlu la nak tunjuk kat orang.Everyone has their own style..weee....

Dan yang paling penting sometimes aku takut aku leka dengan cinta manusia.Kita manusia yang penuh dengan kekurangan. So, kita tak dapat nak jangka apa akan jadi dengan kita in the future. Tiap2 hari kita jumpa dengan bermacam2 orang. Kejap kita rasa suka yang ni.Lepas tu tak pulak...susah kan??

Mungkin kita rasa iman kita kuat, tapi syaitan tu ada di mana-mana.Aku sendiri tak dapat nak  jamin sampai bila aku akan kekalkan status SINGLE tu. Aku tak kata yang aku takkan..never and ever kapel sebab aku tak tahu apa akan jadi nanti.Tapi aku sangat berharap bila aku dah bertemu someone yang aku rasa terbaik untuk aku,aku rasa secure dengan dia...aku tak lupa tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah,seorang anak atau apa jua lah tanggungjawab aku waktu tu.

But at this moment,i'm happy to be me.Bersyukur dengan apa yang ada but at the same time try to improve myself!Selalu jugak pujuk diri sendiri by saying LA...TAHZAN.. (jangan bersedih..).Everything happened have it's own reason.Tak perlu tension fikirkan hal ni walaupun dulu aku agak gelisah dapat soklan2 berkaitan hal macam ni.Tapi, Percayalah bahawa WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK dan begitu la juga sebaliknya..kalau ia tak tejadi seperti yang kita harapkan,anggaplah itu satu ujian dari ALLAH untuk menguji sejauh mana keteguhan dan kesabaran kita. SO...jangan sedih2.Kawan2 yang seangkatan dengan aku..chill ok!enjoy your single life :)Buat adik aku, Alia Zakaria..terima kasih sebab selalu wish aku cepat-cepat dapat boyfren..haha..kelakar la.. Tapi rasenye patut ubah la ayat tu. wish la semoga dapat husband yang soleh ke..apa ke..hahaha..(soleh ke??) dan terima kasih jugak sebab selalu jadi reference. Eventhough you are my lil sis,but sometimes you got better idea than me!

So,readers...just ask yourself. What are you looking for actually?Whether he/she is the right one for you,you have the answer because you know yourself very well than others! :)


*do leave ur comment readers!jgn segan2.. :)

















Sunday, 9 October 2011

JUST STOP BY...

Posted by MIRA at 08:24
Reactions: 
0 comments
MY HEART IS ABOUT TO EXPLODE JUST NOW!..huh...nonsense!shuh..shuh...
mesti korang tak faham kan??tak pe..back to the story.Yang atas tu tak penting. Just to express my feeling
just now..

 Malam ni tak boleh nak tulis panjang2 sebab tengah sebok mencari past year quetions untuk subject PERSONAL DEVELOPMENT hari khamis ni..hope the presentation will be ok!biar la berbaloi-baloi
cket semalam tidur pukul 4 pagi..hehe

minggu ni jugak i'll be very very busy sebab ada 3 presenatations + i'll join COMMUNITY SERVICE tuk subject PD jugak from 13-15 oct (khamis-sabtu).Macam tak sabar la pulak. Ofkos la..dah bosan dengan indoor activity. Sekali-sekala keluar dari KBM best jugak :))

ok la..i got to go! lain kali la bercerita panjang. Time is running out! see you then... :)






*Ofkos i LOVE who i am..







Friday, 7 October 2011

20032011...thank you ALLAH..

Posted by MIRA at 12:59
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum....


firstly,aku nak cakap yang aku tak tahu tajuk entry aku ni. Never mind,tulis dulu..sat lagi aku pikir. Baiklah,aku mula kan mukaddimah entry ni dengan story morry aku di KBM this week. Terrrrsangat la penat. Aku still tak boleh nak accept kelas pukul 6.30 ptg. Tak masuk kot apa yang aku belajar..lebih-lebih lagi semuanya subjek membaca time tu.cmne ni???

secondly, minggu ni aku berjaya kurangkan tabiat onn FB. Actually,aku tak la terlalu addicted dengan FB ni. Tapi ada sebabnya. Dan paling tak disangka...jeng3...(suspen lebih) aku terjumpa sesuatu yang aku cari dan tunggu selama lebih kurang 5 tahun(lebih tepat 9 tahun). unbelieveable! sampai tak boleh nak cakap.(padahal memang tak nak cakap kat sini apa dia..hehe)

Rasa macam miracle pun ada. Tapi semua tu dengan kuasa Allah. Aku tahu dia mendengar doa2 aku selama ni. Tapi aku yang tak tahu bersyukur..bila aku dah jumpa apa yang aku cari tu,aku minta pulak lebih lagi.Padahal sebelum ni aku cuma minta at least setakat tu saja...(astaghfirullahalazim...) ampunkan aku Ya Allah jika aku terlalu berlebih-lebihan..apa yang KAU beri sebenarnya sudah mencukupi..

Aku sangka aku tak kan..never and ever dapat peluang ni. 9 tahun bukan satu waktu yang sekejap bagi aku. Tapi aku percaya ada hikmahnya..dan sekarang aku tidak mengharapkan lebih dari itu.. kalau ada rezeki,aku terima dengan hati yang terbuka(redha). Kalaupun tidak...aku aku akan cuba terima seikhlas hati. 

Hanya kerana hal 9 tahun ni,aku jadi rajin online minggu lepas..tapi lepas tu,i realize,it won't be the same. Yang lepas tak kan berulang,dah jadi satu sejarah(ayat x leh blah). Tapi, betul apa...???just one thing,"terima kasih pada 'kamu'. Sekurang-kurangnya saya tahu kamu masih di situ".Dan terima kasih juga pada seorang sahabat aku yang tolong aku mencari. Rupa-rupanya dunia ni sangat kecil..(dulu dah dapat chance tapi tak nak tanya)...thanx ye!

Jadi,minggu ni aku tak la serajin minggu lepas(on9). wake up already...tapi one thing aku tertanya-tanya,adakah aku akan menunggu untuk satu jangka masa yang panjang lagi atau aku akan lepas dan lupakan semuanya? hanya Allah ada jawapannya.Sungguh...aku tak tahu..



Saturday, 24 September 2011

ItU bUKan AKu

Posted by MIRA at 10:55
Reactions: 
0 comments
Hari ni memang terasa berat.Berat dalam hati,berat otak..semua ada lah. Entah kenapa,aku rasa makin hari aku makin hilang semangat. Semua rasa serba tak kena. Jadi,malam ni,aku kena jugak luahkan perasaan aku. Walaupun masa tak begitu mengizinkan,tapi aku kena jugak menulis malam ni.Kalau tak,aku tak boleh nak tidur.

Tengok tajuk entry kat atas tu pun aku rasa orang dapat meneka situasi aku.Semestinya sakit dalam jiwa...aku pun tak tahu macam mana nak cerita tapi apa yang aku tahu,aku kadangkala penat asyik menjaga perasaan orang lain tapi orang lain langsung tak cuba menjaga hati kita(hati aku).Mungkin itu yang membezakan aku dan mereka.Aku bukan nak meminta lebih-lebih,cuma cuba lah jaga sedikit perasaan aku. Sikit pun jadi lah.Aku akui,dulu aku tak mudah terasa,tapi sekarang aku sangat cepat terasa.Kenapa?Adakah kerana dulu aku cuba berlagak kuat?Entah..aku pun tak pasti.

But,it was true. Aku bukan jenis yang mudah terasa. Kalau terasa aku cepat-cepat fikir positif dan lupakan perasaan tu.Tapi sekarang,tak semudah itu aku boleh lakukan.Aku rasa aku dah tak begitu kuat. Bila-bila masa aje aku boleh lepaskan semua yang ada dalam hati aku. Tapi aku bukan begitu,aku tak nak memanjangkan cerita apatah lagi mencipta sengketa sebab itu BUKAN AKU.

 Tapi PLEASE..".kepada yang berkenaan.Jangan fikirkan diri anda sahaja. Jangan lupa bahawa saya tetap manusia biasa,ada batas kesabarannya. Tidak ke anda fikir apa yang saya rasa,situasi saya. SUNGGUH...penat rasanya.Saya tidak meminta anda mengikut prinsip saya,tapi cukup lah sekadar memahami, menghormati dan give me your commitment! Jangan asyik memandang sinis pada orang lain. tahukah anda,pandangan sinis itu selalu menyakitkan saya.JUST STOP IT...kalau saya cuba menerima kekurangan anda,tapi kenapa anda tidak cuba menerima kekurangan saya?Saya sendiri tahu tiada manusia yang sempurna.Dan saya juga sedar bahawa saya tidak boleh memaksa anda menerima kekurangan saya.Jadi,adalah lebih baik jika kita muhasabah diri dan saling bertolak ansur kerana saya tidak pernah berniat memanjangkan cerita kerana itu BUKAN SAYA.."

Huuuu....sekarang aku rasa sedikit lega. Tambah-tambah bila dah solat,baca Quran.Rasa terubat sikit.Seriously!Tadi sebelum aku solat,aku rasa berserabut. Tapi Alhamdulillah..sekarang dh ok sikit.Even tak semua yang aku rasa aku tulis kat sini,tapi aku rasa it's enough. Selebihnya,biar aku sendiri yang simpan..kerana itu adalah aku...aku cuma memerlukan masa dan ruang untuk meleraikan segala kekusutan yang aku rasa.Tak perlu dipujuk keran itu juga BUKAN AKU.

Thursday, 22 September 2011

BERUBAHKAH AKU??

Posted by MIRA at 00:53
Reactions: 
0 comments
Ayat ini bermain dalam fikiran aku semenjak dua tiga menjak ini."berubahkah aku??".Namun sayangnya,aku tiada jawapan untuk itu. Aku banyak berfikir,apa yang telah aku pelajari sepanjang 'madrasah Ramadhan' lalu. Aku akui ada beberapa perkara yang aku cuba praktikkan.Dan besar sekali harapan aku agar apa yang aku pelajari sepanjang tempoh itu dapat aku aplikasi dan praktikkan dlam hidup aku.

Aku tertanya-tanya,apakah aku masih mengamalkan apa yang aku amalkan semasa ramadhan lalu. Dalam hati aku akui,tidak semua aku amalkan. Kenapa begitu?susah sangat ke nak istiqamah?Ya,istiqamah ke arah kebaikan itu kadang kala amat susah dilakukan. Buktinya,kalau ramadhan lalu aku berbuat perkara yang tak pernah aku amalkan,kenapa sekarang ini kadangkala buat,kadangkala tidak. Rasanya aku belum cukup istiqamah .Rasa malu pula padaNYA.Seolah-olah tidak ikhlas beribadat. Hanya tika ramadhan menjelma,perubahan yang baik dilakukan.Selepas itu...

Jauh di sudut hati aku,aku dapat merasakan sedikit perubahan itu. Walaupun tak banyak,tapi aku berharap yang sedikit itu lah akan cuba aku tambahkan. Tapi aku sedar,ia nya tidak lah seberapa. Cuma dalam hati kadang kala timbul rasa kesedaran dan rasa bersalah.Seringkali aku menyesal bila tidak dapat mengawal hati,lidah dan telinga. Sangat sukar rupanya mengawal semua itu.Yela...hati kadangkal timbul rasa riak,dengki. Lidah kadangkala bercakap perkara yang tak berfaedah dan paling teruk mungkin berunsurkan umpatan walau tanpa disedari,atau juga telah menyakitkan hati sesiapa.Dan telinga juga kadangkala mendengar hal-hal yang tak sepatutnya....

Semua perkara di atas ni seringkali membuatkan aku bersedih hati. Terasa seperti ramadhan lalu sebenarnya tidak memberi apa kesan pun pada diri aku.Oh..alangkah ruginya...mungkinkah aku tidak mendapat MALAM LAILATULQADAR itu?justeru,aku rasa marah pada diri sendiri. Rasa kecewa juga. Tapi aku sangat berharap aku dapat melakukan beberapa perubahan dalam hidup aku. Mungkin orang lain tak dapat lihat perubahan itu.Tapi bagi aku, biarlah..biar aku sendiri yang merasakan perubahan itu. Mungkin perasaan riak akan timbul jika ada yang menegur atau memuji perubahan kita. Jadi,biarlah hanya kita dan Allah S.W.T saja yang tahu. Dan aku berharap agar diri aku,keluargaku,sahabat-sahabatku diberikan hidayah dan petunjuk ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya pintu hidayah itu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang berusaha mencarinya...

      "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereke tidak mengubah nasib mereka sendiri"



                        *freetime sementara tunggu kls e-commerce mlm ni..hehe.. ^_^











Saturday, 17 September 2011

FiRSt WeEk in KBM(uitm kampus bandar melaka)

Posted by MIRA at 10:26
Reactions: 
1 comments
1st week ni x la memenatkan cuma terasa la jugak penatnye kerana terpaksa mendaki ke 'puncak'..hehe..daki tangga sebenarnye.Dengan kapasiti student yang ramai,memang lif sedia ada tu tak cukup.lebih2 lagi bilik kuliah aku kebanyakannya level 7 dan ke atas....sampai 13.Apa pun,akan aku kuatkan semangat..yeah! bak moto sekolah aku dulu USAHA,TEKUN,JAYA...hehe...atau dlm bahasa omputih, SUCCESS THROUGH ENDAVOUR!

Malam ni tak begitu semangat nak menulis sebab actually aku dh update blog ni kelmarin. Tapi unluckily,kerana internet yang begitu slow umpama kura-kura,malahan lebih teruk dari itu,semua yang aku tulis hilang cmtu aje..penat je..huuu...actually malam ni malam kedua aku berseorangan kat bilik sebab rumate aku balik. Bosannye..YA ALLAH...hanya engkau yang tahu.Sampai boleh pulak aku bercakap n nyanyi sorang2. Movie dan novel yg aku tengah baca ni pun tak dapat bantu aku sepenuhnya. Tapi at least membantu la jugak mengurangkan kebosanan nih..

Sebab rasa malas dah ni,aku nak berenti sini je la dulu.Nanti aku smbung lagi. Dah tak ada mood. Tunggu aku rajin dulu baru leh update lagi dengan entry yang lebih bermanfaat...hiiiii.. :)

                                                UITM KAMPUS BANDARAYA MELAKA...







*tahniah buat kwn2 diploma uitm Machang.Korang dah nak grad..x sangka masa cpt berlalu.Even aku x brsama korang,korang ttp kwn2 yg ak syg! :-)

Friday, 12 August 2011

~ RoS PuTiH~: ~Solat Sunat Tasbih~

Posted by MIRA at 02:00
Reactions: 
0 comments
~ RoS PuTiH~: ~Solat Sunat Tasbih~: "Hemmm..apa itu solat sunat tasbih?anda sume taw x?Mungkin ada yang dah tahu dan pernah laksanakannya.Tapi mungkin ada jugak yang tak perna..."

~Solat Sunat Tasbih~

Posted by MIRA at 01:57
Reactions: 
0 comments


Hemmm..apa itu solat sunat tasbih?anda sume taw x?Mungkin ada yang dah tahu dan pernah laksanakannya.Tapi mungkin ada jugak yang tak pernah laksanakan sebab x taw atau mungkin jugak tahu, tapi x buat. Sebelum ni, seriusly ak x tahu..alangkah kerdilnya rase sebab solat2 camni pun aku x tahu..

Tapi skarang aku dah pun tahu.Tu pun sebab kebetulan pegi rumah tok smalam(bukak puase sana). So,tok aku pun bagi tahu la pasal solat ni. Pagi tadi pulak memang ada buat solat sunat tasbih ni ramai2 kat masjid. Solat ni senang aje sebenarnye..macam solat biase cuma di dalamnya kita bace sebanyak 300 kali tasbih...solat ni hendaklah dilakukan at least sekali seumur hidup. Tapi kalau banyak kali pun x pe. Lagi la bagusss...kalau nak tahu detail lagi pasal solat sunat tasbih ni klik sini atau sini. Moga-moga kita dapat amalkan apatah lagi di bulan yang baek ni :)


                       



                                       *ALIA ZAKARIA, bnyk prsoalan nk tnya ni..cpt balik! :p









Wednesday, 10 August 2011

~A m0ment To Remember :)

Posted by MIRA at 20:16
Reactions: 
2 comments
Hoisshh...smalam bukan men bnyak lagi tjuk entry nak buat. Tapi la ni..semua dh lupe..huhu. Hari ni dah hari ke 11 umat Islam berpuasa. Dah cukup ke amalan kita???(sambil tanya dri sndri..). Maknanya kita dah nak masuk pertengahan Ramadhan.Tapi, honestly aku rase aku masih belum mencapai tahap yang aku inginkan dalam bulan puasa ni. Semoga aku btambah rajin :)

Emm..ada satu hal lagi yang aku duk pikir skang ni. Bila nye aku nak pergi uitm Machang, jumpe n bbuke puasa dengan kawan2 aku. Benda ni dah lama aku plan. Tapi sampai waktunya slalu je x jadi. Buat BFF ku yang tersayang especially MIRA EDORA dan UNA UGEE...i'm so sorry sebab belum berkesempatan. Begitu jugak dengan my ex-classmates.

Teringat masa bulan puasa kat machang dulu..even bebuka x de la mkan cdap2 sangat macam kt rumah,tapi still jd sedap sebab makan ramai2 dengan kawan2.Tapi skarang tak taw la sama ada aku masih ada peluang bbukak dengan korang ke x,sebab ni kan last sem korang,Nanti susah dah nk jumpe.sob2.. :( But,aku akan try cari masa. Kalau lah x jadi...mintak maaf sangat2 k.Aku hanya mampu merancang, tapi yang menentukan adalah DIA...

Sebenarnya banyak lagi aku nak tulis pasal life aku kat uitm machang selama 1 setengah tahun. Tapi maybe for the next entry. Even tak lama duk sana tapi pada aku,sangat memberi kesan. Tak mungkin aku akan lupa sebab di situ la aku lebih tahu apa itu LIFE,LOVE,FRIENDSHIP!

                                                   sblom msuk klas MKT masa prt2

                                                   still ingat time ni??raya kat DO..hehehe

                                    yang ni special edited by FARA ARIRA...hehe..credit to farah :)

                                     pic lpas abes modul..huh..tgh2 hari buta ambik gmba..hahha..

                                                                 bersemangatttt!!!!

                                     


                                             *jgn gelak lepas bace blog aku..taw la x cntik :(
 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review