"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Saturday, 20 April 2013

SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA! ~ Antara Novel & Drama ~

Posted by MIRA at 06:42
Reactions: 
5 comments
Assalamualaikum!

Dah takleh tahan lagi dah kegatalan tangan ku ini untuk menaip entry nih!sangat berkobar-kobar sebab baru smalam habeskan novel SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA!hahaaha....nah.. 5 bintang!*****
Apa yg dapat saya katakan,novel ni bestttt sangatttttt....

Actually aku beli novel ni kat POPULAR last week lepas a few hours tawaf dalam popular tuh!asalnye x tpikir pn nk beli sbb skarang mmg tade mood pn nk landing dgn sng hatinye smbil bace novel!tengah tensen wt tesis...tapi disebabkan aku tgh tergila-gilakn cite  SEBENARNYE, SAYA ISTERI DIA yg tengah duk tayang kt TV3 tiap hari jumaat 9 mlm, so aku beli gk novel ni. x sabar sungguh!hesshhh....




SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA! mengisahkan tentang sebuah perkahwinan tanpa rela antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Syaf (Syafa Aqira) merupakan yatim piatu yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan. Dia mengenali Farish Adryan abang kepada Firash, di zaman universitinya dan menyulam cinta selama beberapa tahun namun akhirnya terputus di tengah jalan angkara hati manusia yang jahil dalam agama. Dia diperangkap tanpa sengaja dan menjadi mangsa keadaan. Dia ditangkap dalam peristiwa hitam yang memusnahkan impian perkahwinannya bersama Farish! Tanpa rela, dia terpaksa menerima permintaan ibu kepada Firash dan Farish yang meminta Syaf untuk berkahwin dengan anak bongsunya, Firash yang ditangkap bersamanya bagi menjaga maruah keduanya dan untuk kebaikan bersama.

Farish yang kecewa akhirnya meningal dunia dalam kemalangan jalan raya pada hari pernikahan Syaf dan Firash. Syaf tidak dibenarkan menghadiri pengebumian Farish kerana Firash tidak ingin sesiapa pun tahu mengenai perkahwinan mereka. Selepas itu, bermula lah kehidupan Syaf bersama lelaki yang tidak dicintainya. Saban hari berlaku pertengkaran antara mereka. Walaupun tidak tinggal serumah kerana Farish masih menuntut di sebuah universiti, tetapi mereka selalu terserempak di mana-mana.Takdir!Apatah lagi,Datin Farizah, ibu Farish selalu sahaja merancang agendanya tersendiri untuk melihat kebahagiaan ank dan menantunya. Syaf juga sudah di anggap seperti anaknya sendiri sebelum menjadi menantunya lagi.

Firash!nama itu selalu saja cuba menyakiti hati Syaf. Ada saja yang tidak kena di matanya. Perangainya yang tidak matang dan kebudak budakan kerana usia nya baru mencecah 21 tahun. Manakala Syaf 4 tahun lebih tua dari itu. Walaupun pada zahirnya Firash berperangai sedemikian, selalu sahaja dia tersenyum sendiri mengingatkan Syaf yang kelam kabut itu! sengaja dia menakut nakutkan Syaf sehingga wanita itu gerun.Tanpa sedar, ada rasa mula bercambah dalam diri Firash. Tapi dia tidak pernah meluahkan. Kehadiran Haqimy, abg sepupunya yg juga rakan baik Syaf ketika di sekolah menengah mengundang cemburu Firash. Ada2 saja gelagatnya.

Suatu hari,Syaf ditukarkan tempat kerja ke Kerteh, Terengganu. Dalam waktu yang sama, Haqimy merupakan Pengurus disitu. Sudah takdir, Firash ketika itu ditakdirkan menjalani latihan praktikal di tempat yg sama!bertambahlah cemburunya melihat kemesraan isterinya bersama abg sepupu yg tidak pernah disukainya itu,walaupun antara Syaf dan Haqimy hanya didasari atas perhubungan antara sahabat.Namun, di sini juga perlahan-lahan Firash belajar menghargai kehadiran Syaf dan berlaku pelbagai peristiwa yang lucu antara mereka. Kerasnya hati Firash hanya pada luaran. Dalam diam dia amat menjaga Syaf..

Namun kebahagian  mereka tidak lama apabila munculnya Raina yg menjadi dalang peristiwa hitam antara Syaf dan Firash satu ketika dulu. Raina masih tidak berputus asa untuk memiliki Firash. Satu peristiwa berlaku dan menghancur luluh kn cinta Syaf yg baru sahaja bercambah buat Firash. Syaf akhirnya membawa diri dan meninggalkan Firash. Firash yang menyesal berusaha mencari Syaf dan berusaha sesungguh hatinya agar Syaf menerimanya kembali.Bagaimana kesudahannya???



okkk....endingnye aku tak maw cite. tak syok pulak kan kalo aku cite. So nak tahu, sila lah beli novel ni. komen aku???Suke sangat dengan watak Firash!kadang2 garang,kadang2 manja....hahaha...playfull yg penting!romantik jugak kadang tu. Aku ni tade la suke sangat romantik2 ni, tp Firash tu suweeetttt sngttttt.hehehe...plus, aku asek terbayang muka si Izzue Islam. Cesss...aku mmg minat Izzue =p

Kalao versi drama, baru je episod 3 kalo x silap. Aku kalau blh tk nk miss pn cite nih. Bagi aku sesuai sgt Izzue dgn Tiz bawak watak Firash dgn Syaf. Walaupun ada yg cakap lakonan Izzue keras cket tp bg aku lakonan dia tak de lg menjejaskan mood aku nak tengok. Comel aje dorang dlm cite tu...especially Izzue..(cessss....puji abes mentang2 minat knnnnn????hahaha..)

Versi drama mungkin tak ikut sepenuhnya mcm dlm novel tapi spanjang aku tngok, isinya still lg sama dan x hilang elemen utama. Cuma di sesuaikan mengikut keadaan. contohnya, kalo dlm novel ada babak time bln puasa ngan hari raya. Tapi dlm drama tade. Even though tade, jln cite dia still lg sama.pandai2 la kan pengarah tu tukar ckett.Oh ya...versi drama di arahkn oleh Raja Alauddin. Cite arahan dia best2 jugak...

Emmm rasanya ni je la kot yg mampu aku tulis dan komen. Tu pun aku rasa dah cukup panjang sinopsis aku bg hik2...aku kalo dpt brcerita mana igt dunia!naseb baek td masih igt sbb x nk bg korang tahu sume tnpa baca or tonton drama dia.

Now...Jum layan OST SSID-Kita.(by forteen)



source:youtube(frm Izzat Aiman)




*nak donlod lagu ni jp g.. =p
*Bulan jgn marah  izzue dpt pujian melambung!hehehe...




 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review