Hari ni memang terasa berat.Berat dalam hati,berat otak..semua ada lah. Entah kenapa,aku rasa makin hari aku makin hilang semangat. Semua rasa serba tak kena. Jadi,malam ni,aku kena jugak luahkan perasaan aku. Walaupun masa tak begitu mengizinkan,tapi aku kena jugak menulis malam ni.Kalau tak,aku tak boleh nak tidur.
Tengok tajuk entry kat atas tu pun aku rasa orang dapat meneka situasi aku.Semestinya sakit dalam jiwa...aku pun tak tahu macam mana nak cerita tapi apa yang aku tahu,aku kadangkala penat asyik menjaga perasaan orang lain tapi orang lain langsung tak cuba menjaga hati kita(hati aku).Mungkin itu yang membezakan aku dan mereka.Aku bukan nak meminta lebih-lebih,cuma cuba lah jaga sedikit perasaan aku. Sikit pun jadi lah.Aku akui,dulu aku tak mudah terasa,tapi sekarang aku sangat cepat terasa.Kenapa?Adakah kerana dulu aku cuba berlagak kuat?Entah..aku pun tak pasti.
But,it was true. Aku bukan jenis yang mudah terasa. Kalau terasa aku cepat-cepat fikir positif dan lupakan perasaan tu.Tapi sekarang,tak semudah itu aku boleh lakukan.Aku rasa aku dah tak begitu kuat. Bila-bila masa aje aku boleh lepaskan semua yang ada dalam hati aku. Tapi aku bukan begitu,aku tak nak memanjangkan cerita apatah lagi mencipta sengketa sebab itu BUKAN AKU.
Tapi PLEASE..".kepada yang berkenaan.Jangan fikirkan diri anda sahaja. Jangan lupa bahawa saya tetap manusia biasa,ada batas kesabarannya. Tidak ke anda fikir apa yang saya rasa,situasi saya. SUNGGUH...penat rasanya.Saya tidak meminta anda mengikut prinsip saya,tapi cukup lah sekadar memahami, menghormati dan give me your commitment! Jangan asyik memandang sinis pada orang lain. tahukah anda,pandangan sinis itu selalu menyakitkan saya.JUST STOP IT...kalau saya cuba menerima kekurangan anda,tapi kenapa anda tidak cuba menerima kekurangan saya?Saya sendiri tahu tiada manusia yang sempurna.Dan saya juga sedar bahawa saya tidak boleh memaksa anda menerima kekurangan saya.Jadi,adalah lebih baik jika kita muhasabah diri dan saling bertolak ansur kerana saya tidak pernah berniat memanjangkan cerita kerana itu BUKAN SAYA.."
Huuuu....sekarang aku rasa sedikit lega. Tambah-tambah bila dah solat,baca Quran.Rasa terubat sikit.Seriously!Tadi sebelum aku solat,aku rasa berserabut. Tapi Alhamdulillah..sekarang dh ok sikit.Even tak semua yang aku rasa aku tulis kat sini,tapi aku rasa it's enough. Selebihnya,biar aku sendiri yang simpan..kerana itu adalah aku...aku cuma memerlukan masa dan ruang untuk meleraikan segala kekusutan yang aku rasa.Tak perlu dipujuk keran itu juga BUKAN AKU.
Them!
-
-
-
-
-
Amour8 years ago
-
My #NeverSettle story8 years ago
-
tak faham8 years ago
-
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots11 years ago
-
Sambal Hitam Pahang11 years ago
-
Graduasi12 years ago
-
RECIPE: CHOCOLATE MUFFIN13 years ago
-
Namaste..15 years ago
-
-
Saturday, 24 September 2011
Thursday, 22 September 2011
BERUBAHKAH AKU??
Ayat ini bermain dalam fikiran aku semenjak dua tiga menjak ini."berubahkah aku??".Namun sayangnya,aku tiada jawapan untuk itu. Aku banyak berfikir,apa yang telah aku pelajari sepanjang 'madrasah Ramadhan' lalu. Aku akui ada beberapa perkara yang aku cuba praktikkan.Dan besar sekali harapan aku agar apa yang aku pelajari sepanjang tempoh itu dapat aku aplikasi dan praktikkan dlam hidup aku.
Aku tertanya-tanya,apakah aku masih mengamalkan apa yang aku amalkan semasa ramadhan lalu. Dalam hati aku akui,tidak semua aku amalkan. Kenapa begitu?susah sangat ke nak istiqamah?Ya,istiqamah ke arah kebaikan itu kadang kala amat susah dilakukan. Buktinya,kalau ramadhan lalu aku berbuat perkara yang tak pernah aku amalkan,kenapa sekarang ini kadangkala buat,kadangkala tidak. Rasanya aku belum cukup istiqamah .Rasa malu pula padaNYA.Seolah-olah tidak ikhlas beribadat. Hanya tika ramadhan menjelma,perubahan yang baik dilakukan.Selepas itu...
Jauh di sudut hati aku,aku dapat merasakan sedikit perubahan itu. Walaupun tak banyak,tapi aku berharap yang sedikit itu lah akan cuba aku tambahkan. Tapi aku sedar,ia nya tidak lah seberapa. Cuma dalam hati kadang kala timbul rasa kesedaran dan rasa bersalah.Seringkali aku menyesal bila tidak dapat mengawal hati,lidah dan telinga. Sangat sukar rupanya mengawal semua itu.Yela...hati kadangkal timbul rasa riak,dengki. Lidah kadangkala bercakap perkara yang tak berfaedah dan paling teruk mungkin berunsurkan umpatan walau tanpa disedari,atau juga telah menyakitkan hati sesiapa.Dan telinga juga kadangkala mendengar hal-hal yang tak sepatutnya....
Semua perkara di atas ni seringkali membuatkan aku bersedih hati. Terasa seperti ramadhan lalu sebenarnya tidak memberi apa kesan pun pada diri aku.Oh..alangkah ruginya...mungkinkah aku tidak mendapat MALAM LAILATULQADAR itu?justeru,aku rasa marah pada diri sendiri. Rasa kecewa juga. Tapi aku sangat berharap aku dapat melakukan beberapa perubahan dalam hidup aku. Mungkin orang lain tak dapat lihat perubahan itu.Tapi bagi aku, biarlah..biar aku sendiri yang merasakan perubahan itu. Mungkin perasaan riak akan timbul jika ada yang menegur atau memuji perubahan kita. Jadi,biarlah hanya kita dan Allah S.W.T saja yang tahu. Dan aku berharap agar diri aku,keluargaku,sahabat-sahabatku diberikan hidayah dan petunjuk ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya pintu hidayah itu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang berusaha mencarinya...
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereke tidak mengubah nasib mereka sendiri"
*freetime sementara tunggu kls e-commerce mlm ni..hehe.. ^_^
Saturday, 17 September 2011
FiRSt WeEk in KBM(uitm kampus bandar melaka)
1st week ni x la memenatkan cuma terasa la jugak penatnye kerana terpaksa mendaki ke 'puncak'..hehe..daki tangga sebenarnye.Dengan kapasiti student yang ramai,memang lif sedia ada tu tak cukup.lebih2 lagi bilik kuliah aku kebanyakannya level 7 dan ke atas....sampai 13.Apa pun,akan aku kuatkan semangat..yeah! bak moto sekolah aku dulu USAHA,TEKUN,JAYA...hehe...atau dlm bahasa omputih, SUCCESS THROUGH ENDAVOUR!
Malam ni tak begitu semangat nak menulis sebab actually aku dh update blog ni kelmarin. Tapi unluckily,kerana internet yang begitu slow umpama kura-kura,malahan lebih teruk dari itu,semua yang aku tulis hilang cmtu aje..penat je..huuu...actually malam ni malam kedua aku berseorangan kat bilik sebab rumate aku balik. Bosannye..YA ALLAH...hanya engkau yang tahu.Sampai boleh pulak aku bercakap n nyanyi sorang2. Movie dan novel yg aku tengah baca ni pun tak dapat bantu aku sepenuhnya. Tapi at least membantu la jugak mengurangkan kebosanan nih..
Sebab rasa malas dah ni,aku nak berenti sini je la dulu.Nanti aku smbung lagi. Dah tak ada mood. Tunggu aku rajin dulu baru leh update lagi dengan entry yang lebih bermanfaat...hiiiii.. :)
*tahniah buat kwn2 diploma uitm Machang.Korang dah nak grad..x sangka masa cpt berlalu.Even aku x brsama korang,korang ttp kwn2 yg ak syg! :-)
Friday, 12 August 2011
~ RoS PuTiH~: ~Solat Sunat Tasbih~
~ RoS PuTiH~: ~Solat Sunat Tasbih~: "Hemmm..apa itu solat sunat tasbih?anda sume taw x?Mungkin ada yang dah tahu dan pernah laksanakannya.Tapi mungkin ada jugak yang tak perna..."
~Solat Sunat Tasbih~
Hemmm..apa itu solat sunat tasbih?anda sume taw x?Mungkin ada yang dah tahu dan pernah laksanakannya.Tapi mungkin ada jugak yang tak pernah laksanakan sebab x taw atau mungkin jugak tahu, tapi x buat. Sebelum ni, seriusly ak x tahu..alangkah kerdilnya rase sebab solat2 camni pun aku x tahu..
Tapi skarang aku dah pun tahu.Tu pun sebab kebetulan pegi rumah tok smalam(bukak puase sana). So,tok aku pun bagi tahu la pasal solat ni. Pagi tadi pulak memang ada buat solat sunat tasbih ni ramai2 kat masjid. Solat ni senang aje sebenarnye..macam solat biase cuma di dalamnya kita bace sebanyak 300 kali tasbih...solat ni hendaklah dilakukan at least sekali seumur hidup. Tapi kalau banyak kali pun x pe. Lagi la bagusss...kalau nak tahu detail lagi pasal solat sunat tasbih ni klik sini atau sini. Moga-moga kita dapat amalkan apatah lagi di bulan yang baek ni :)
*ALIA ZAKARIA, bnyk prsoalan nk tnya ni..cpt balik! :p
Wednesday, 10 August 2011
~A m0ment To Remember :)
Hoisshh...smalam bukan men bnyak lagi tjuk entry nak buat. Tapi la ni..semua dh lupe..huhu. Hari ni dah hari ke 11 umat Islam berpuasa. Dah cukup ke amalan kita???(sambil tanya dri sndri..). Maknanya kita dah nak masuk pertengahan Ramadhan.Tapi, honestly aku rase aku masih belum mencapai tahap yang aku inginkan dalam bulan puasa ni. Semoga aku btambah rajin :)
Emm..ada satu hal lagi yang aku duk pikir skang ni. Bila nye aku nak pergi uitm Machang, jumpe n bbuke puasa dengan kawan2 aku. Benda ni dah lama aku plan. Tapi sampai waktunya slalu je x jadi. Buat BFF ku yang tersayang especially MIRA EDORA dan UNA UGEE...i'm so sorry sebab belum berkesempatan. Begitu jugak dengan my ex-classmates.
Teringat masa bulan puasa kat machang dulu..even bebuka x de la mkan cdap2 sangat macam kt rumah,tapi still jd sedap sebab makan ramai2 dengan kawan2.Tapi skarang tak taw la sama ada aku masih ada peluang bbukak dengan korang ke x,sebab ni kan last sem korang,Nanti susah dah nk jumpe.sob2.. :( But,aku akan try cari masa. Kalau lah x jadi...mintak maaf sangat2 k.Aku hanya mampu merancang, tapi yang menentukan adalah DIA...
Sebenarnya banyak lagi aku nak tulis pasal life aku kat uitm machang selama 1 setengah tahun. Tapi maybe for the next entry. Even tak lama duk sana tapi pada aku,sangat memberi kesan. Tak mungkin aku akan lupa sebab di situ la aku lebih tahu apa itu LIFE,LOVE,FRIENDSHIP!
still ingat time ni??raya kat DO..hehehe
yang ni special edited by FARA ARIRA...hehe..credit to farah :)
pic lpas abes modul..huh..tgh2 hari buta ambik gmba..hahha..
bersemangatttt!!!!
*jgn gelak lepas bace blog aku..taw la x cntik :(
Tuesday, 2 August 2011
~Malam Lailatulqadar~
Kalau sebut malam lailatulqadar rasanya semuat umat islam pun taw kn??kalau x tahu, harap nye cuba2 lah ambik tahu sebab malam lailatulqadar ni bukannya selalu.Senang cakap,it's once in a year! Pada malam ni, barang siapa yang beribadat kepada Allah dengan ikhlas dan kerana Nya, akan dikurniakan pahala yang berlipat ganda. So, amat lah rugik jika kita x manfaatkan sebaiknya. Tapi yang menjadi persoalan,bila??bilakah malam lailatulqadar?Kita memang x taw tarikh tepat malam istimewa ni tapi Nabi Muhammad S.A.W. telah memberitahu kita beberapa isyarat atau tanda2 malam lailatuqadar....nak tahu??jom tengok kat bawah ni..
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Base on artikel ni,aku dapat simpulkan bahawa tak kira la bila malam lailatulqadar itu. Yang penting kita istiqamah dalam melakukan ibadat supaya kita x terlepas malam yang amat2 istimewa ini. Ada hikmahnya kita tak tahu bila tiba nya malam ini.Contohnya, kalau kita tahu bila tibanya malam lailatulqadar,mesti ada di antara kita yang hanya menumpukan ibadah pada malam tu aje. Sedikit sebanyak aku rasa nampak macam kita x ikhlas dan sambil lewa.
Jadi aku harap kita istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Nya. Bukan aje dalam bulan Ramadhan ni,tapi jugak pada bulan2 dan hari2 yang laen...aminn...
*terawih smalam rasa x khusyuk sbb asyk ngantok aje mata nih...haishh..hopefully,mlm ni ok :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

