"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Tuesday, 24 April 2012

SaraNg Bi a.k.a LOVE RAIN =)

Posted by MIRA at 10:20 0 comments
First time dpt info psl citer ni dah excited gile nak tengok.Lebih2 lagi bila dapat tahu Jang Geun Suk dgn Yoona SNSD as the main actor and actress..hemm..i loike...

So,nak di jadikan cerita..aku pn tgk la  citer ni kt KBS WORLD(CH 391) smalam. Mula2 tgk tu tak tahu nak kate best ke tak sebab jalan citer dia still slow motion lagi.Ala-ala zaman 70's or 80's gittooo..tp bila dah melekat lama depan tv tu rase best pulak. Jalan cerita dia sebenarnya agak menyedihkan la jugak. Kisah cinta tak kesampaian(klise la tu kan...).

Malam ni smbung lagi tgk. Kalau tak silap baru ep3. Malam ni lagi3 la touching!(hessyyy...citer korea ni kalu x touching x sah!nsb baek aku suke..hehe). Tapi ep malam ni dah masuk zaman skarang plk.Baru je nak bertambah excited,citer ni abes tibe2..saje je nk bg aku tension sbb mlm ni last tgk! 2 hari lagi dh nk balik Melaka.So...tpakse la merajinkan diri tgk kt DRAMA CRAZY. Kalau internet tu laju je untung la..kalau tak...jenuh aku nak mnunggu.Ok!tak nak membebel lame2..bace sendiri synopsis citer ni..

“Love Rain” depicts a 1970′s pure love and a love from the present day at the same time. It shows how the offsprings of a previous ill-fated couple, who met in the 1970s, managed to meet and fall in love.
Seo In Ha (Jang Geun Suk) and Kim Yoon Hee (Yoona), a art student and a shy beauty, met and fell in love with each other during college in the 1970s but unfortunately their love was fated to never be.
Now in the present 21st century, Seo In Ha’s son, Seo Joon (Jang Geun Suk) (a liberal photographer) meets and falls in with Kim Yoon Hee’s daughter, Kim Ha Na (Yoona), a cheerful and energetic girl who’s personality is different from her mother’s.
Will their love for each other keep them together or will they have to face the same fate as their parents? (Source)



How??tertarik?tak tertarik?nak tahu kena tgk sndiri.Tapi aku ofkos very2 tertarik..heee...dah nama pun gile cite korea!yg rasa susah nak tgk tu jangan risau. Tak leh tgk kt tv,blh tgk online.Tiru macam saya... =)
SELAMAT MENONTON!





*nak buat entry laen tp terbuat entry laen..hee..simpan dulu la entry td.layan prasaan la kjp tgk citer ni =)


Thursday, 12 April 2012

THis iS tHE StorY...

Posted by MIRA at 10:53 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum readers!
Actually tak tahu dari mana nk start sebab dh lama sangat rasanya x berblogging. Busy sangat tapi dalam hati mmg rindu nk jenguk blog. Thanx kepada anda yg sudi baca entry2 ku..hee..even x jd follower tapi tetap juga aku berterima kasih.

Huh...where should i start? Since everything like a dream for this 2 weeks, i really dont know how should i start. It started like a dream and and it almost gone like a dream. Already gone?not really i guess.Okey.. i will start with my Birthday about 2 weeks ago. Aku sangat bersyukur kerana masih di beri peluang olehNYA untuk menghirup udara di atas muka bumi ini, terus bernafas dan berpeluang menyebut namamu YA ALLAH dalam setiap nafas dan sujudku..Alhamdulillah. I'm speechless actually. i never expect that i will get what i want. Tiap kali birthday aku tak pernah mintak hadiah dari sape2 apatah lagi mengharapkan hadiah. Bagi aku hadiah yg paling aku akan ingat dan buat aku terharu dan rasa dihargai adalah hanya dengan secebis ingatan dan ucapan! Tapi time birthday aku baru2 ni ad 3 benda yg aku nak. Tapi hanya satu daripadanya yg aku rasa akan buat aku ralat kalau aku tak dapat. 



Yes...i'm waiting for it all day. Dan aku ingat aku tak akan dapat dah 'hadiah' tu. Tapi...finally..i got it!dan saya sangat terharu..my 22nd birthday has change my self a lot. Tidak terjangka. Dan aku rasa itu adalah kasih sayang Allah pada aku dan dalam masa yg sama ujian untuk aku. Diberinya sesuatu yg dapat membuatkan aku rasa dihargai. Dan kali pertama aku rasa aku bukan aku.(apa ke pelik sgt??)haha..what ever...apa pun itu lah kali pertama aku dapat 'hadiah' yg ada dalam top list. =)


Malam time birthday tu aku dah dapat surprise.Thanx my fren merangkap housmateku, iili and Diana. Thanx jugak untuK Laila rumate ku yg sentiasa setia mendengar segala rintihan hati..Actually aku dah tido time tu. Siap berbungkus lagi dengan blanket. Tiba2 datang la sorang minah ni,,tiba2 cuit bahu aku. Ingatkn sape la..bila tarik blanket terus dapat wish dr diaorang. Terkejut den..hehe..tiba2 aje dihulur dengan satu bungkusan warna kuning. Bentuknya agak pelik hinggakan aku tak mau bukak dan bawak bungkusan tu jauh2 dr katil aku. Buat nya ada telur ngan tepung..tak ke haru jadinya. satu kerja pulak aku nak kena basuh n kemas sume tu kn...tapi dioarang cakap bukak la sekarang. Tak ada benda pelik pn dalam tu.Aku tetap x percaya. Aku sanggup bukak bungkusan tu kat luar bilik. Ikut kn hati, kt luar rumah aje..tapi aku tak buat la mcm tu. Dengan suspen nya aku bukak...jeng jeng jeng...tak de telur ngan tepung pun.benda ni hah...hehe..



suspen je...haha..but i like it!comel... =)

Okey..habes stakat tu. Esok nya kelas 830.Ofkos tak de mood sbb kls pg..biasa la...hehe.Sampai je dlm kelas,semua buat muka x de mood.ok fine,,aku paham sebab aku pn x de mood. kepenatan wt research semalam. Tiba-tiba sebelom kelas nk start one of my fren yg kitaorang panggil Y(nickname dia okkey!) start to sing hepy bfday song to me.dan diikuti oleh semua classmate aku.Alamak! so touching...dh lama x rase cmni. last time kne prank time form 5 dlu. Smpai sekarang pun aku ingt even the friendship that we have go through together almost gone.emm..sebahagian darinya..Ok back to the story,kebetulan birthday aku sama plak dengan lecturer yg mengajar time tu. lagi la kann...Sebelom abes kuliah, Farah wt surprise plk! Aku dikejutkan dengan sekotak cheese tart..sngt comel dan rasanya pun best. So, kitaorang eat together2 la.. Thank u farah!





sebahagian drpd classmate yg same2 menggembirakan aku

Memang terharu habes...rasa dihargai. Dan petang nya aku mendapat satu 'hadiah' yg mmg aku tunggu. =)
Untuk kawan2 laen jugak,terima kasih untuk ingatan dan ucapan anda especially kepada org terawal yg wish birthday aku (farah,laila,iili,diana,farah ss,dan mira edora). Yg lean2 pun terima kasih jugak. Cuma kali ni aku tak dapat wish dari org yg biasanya paling awal ucap birthday  aku. Tak pe..mungkin dia sibuk atau mungkin jugak dia lupa. Tapi aku tak ambil hati..semua org akan berubah termasuk la aku.so....it's nothing..

4 Hari kemudian aku dan classmate ku yg terchenta pegi picnic dekat ledang. On the spot je kot..aku tak bwk baju lebih spare pn tapi gedik jugak nak mandi.Actually aku tak tahu berenang. So, sebahagian dari keseronokan tu hilang la.Tapi aku jeles jugak tgk kwn2 aku duk beria mandi sakan..oh! no...tak bleh, tak bleh!aku kena jugak masuk dlm air tu.Finally aku mengalah jugak,join diaorang semua mndi air terjun. Tapi aku tak puas hati sbb time tu kitaorang dh nak balik dh ponnn...hemmm...x syok nye!
Apa pun,sgt happening. Tapi kalau semua classmate aku ada lagi best sbb time ni ada yg x join, balik kampung.Next time kita semua kena pergi sana balik okke! =)












jz a few pics! =)

Tamat cerita suka,it's time to go to the saddest part. Yg ni lagi aku tak tahu cmne nk start. Hemm..do you remember about the previous entry pasal aku nak sangat belajar maen gitar dan tengah fikir2 nak beli gitar. Actually aku dah pun beli gitar tu. Harganya boleh la...sesuai la kot untuk beginner mcm aku. nak beli tu pun aku fikir lama jgk.Sebab dan akibatnya aku kena ambil kira. Tak lama lepas tu aku decide nak beli gitar tu. Sebab aku minat sangat dan tak salah nak belajar tp still aku letak syarat kalau nak belajar. I mean, ada batasnya la.

Tapi hari ni dah nak masuk seminggu aku tak sentuh gitar tu. Tempatnya hanyalah di tepi dinding dalam bilik aku.It's not because i don't want to hold it but i can't. Not until i have the guts to do it. Something happen because of that guitar and it hurts me. Nak kata menyesal beli,entah la..tak kot. tapi ada la cket. Aku bukan give up tapi sampai masanya aku akan pegang balik gitar tu dan belajar. Seriously..aku langsung tak tahu cmne nak petik gitar. Pegang pun janggal lagi tapi nanti la...one fine day.

Cuma, what happen to my life about 1 week ago..i don't know how to handle it. Maybe it is because i'm too naive. Benda yang dah terjadi tak mungkin akan berpatah balik. Tapi kalau lah aku dapat putarkan balik masa, i won't let it happen.Yes...it's my fault. Even it's not my intention still i can't say anything.Enough is enough..yes,i regret it. Aku jarang menyesal dalam tindak tanduk atau keputusan yang aku dh buat. But this time,i did. I feel like i'm the one who ruins everything. I don't know how to explain but it's enough if you believe me that it's not my intention. i feel so worst about that..

Harga kemaafan tu memang sangat mahal. Even sesuatu kesilapan sudah pun dimaafkan tapi aku tahu tak mungkin rasa sakit tu akan hilang. it takes time. dan itu lah yg membuatkan aku rasa lagi teruk. Bagi aku antara hal yang menyakitkan adalah apabila kita tidak lagi dipercayai. Terlalu sakit bagi aku..aku tahu sebab aku pernah merasa perasaan tu..walaupun waktu tu aku tak bersalah. But this time i really2 want everyting will be ok and i can get back what i've lost especially the trust. 5 hari lalu i'm totally lost. Bagun tido rasa mcam dalam mimpi lagi. I keep asking myself what happen??aku mimpi ke apa?Tak...itu bukan mimpi. Itu kebenarannya.Baru aje happy2 tapi sekejap aje,semua nya hilang. That is the saddest part....sebab tu aku rasa within 2 weeks aku macam mimpi. Mula2 mimpi yg indah tapi lepas tu diikuti mimpi yg sedih. Bezanya apa yg aku alami sekarang bukan mimpi,tapi realiti! Aku harap mimpi sedih ni cepat berakhir dan diganti semula dengan realiti yg sangat menggembirakan. Yeah..i'm too new in this new world. I don't know what should i do,i'm walking alone with the hope that someone will stay by my side and teach me how to face this new world. But i know, if no one is willing to do it,i still have Allah. He never let me face the world alone. But to have someone by my side is a wonderful things...

Hanya pada Allah tempat aku bersandar,berharap diberikan kekuatan,ketabahan. Berharap agar kepercayaan yg hampir hilang itu akan kembali semula kerana aku belum bersedia untuk berjalan keseorangan. Aku sangat memerlukan pengertian kerana cara aku mungkin berbeza. Dan aku tertanya-tanya apa yang dapat aku lakukan untuk mengembalikan harga sebuah kepercayaan...

This is it..suka dan duka yg dapat aku simpulkan. Bermula dengan suka, dan sedang berduka tapi aku mahukan pengakhiran yang membahagiakan. Cukup la  kepercayaan itu kembali semula. Lepas tu,aku percaya everything will be ok..insyaAllah...


vid aku ambik dr youtube..jz to share it..




*Mengharap sinar itu akan datang



Wednesday, 14 March 2012

KERANA AKU SEORANG KAWAN @ SAHABAT

Posted by MIRA at 10:28 0 comments
Kawan,sahabat,teman,rakan. Adakah membawa mksud yg sama? Jika difikirkan sepintas lalu, kita akan mengatakan bahawa maksudnya sama saja. Tapi bagi yg merenung dan berfikir sedalamnya,macam aku mungkin definisinya adalah berbeza. Cuma kali ni,aku nak tekankan tentang KAWAN dan SAHABAT..

Bagi aku kawan adalah orang yang kita berkenalan,bersembang di mana-mana tapi boleh jadi tidak rapat.Contoh dekat Facebook pun kita berkenalan dan akhirnya jadi kawan. Dari situ,ad yang betul2 berkawan,ad yg sekadar memenuhi friend list kita dan ada juga yg menjadi sangattt rapat yg akhirnya boleh mengubah status dari kawan kepada sahabat. Atau boleh jadi kawan itu adalah kawan sekelas,satu tempat kerja dan sebagainya.

Sahabat pulak bagi aku adalah  juga seorang kawan tapi hubungan kita dengannya sangat rapat dimana kita saling percaya,memahami,membantu di kala susah,sentiasa bersama di kala susah dan senang,saling menyayangi dan insan yang sangat penting selepas keluarga kita. Dengannya banyak dikongsi suka dan duka,luahan perasaan,gurau senda dan pendek kata segala kesukaan dan kebencian kita sahabat kita itu tahu. Kita bersahabat dengannya tanpa syarat. Setiap kekhilafannya...kita maafkan. Walau terluka,tapi kita tetap memaafkannya dengan alasan setiap orang melakukan kesilapan.

Hidup dikelilingi ramai kawan ada di antaranya menjadi sahabat aku. Maksudnya, sangat rapat. Dan aku sangat berterima kasih kepada kawan yg sudi menjadi sahabat aku. Kehadiran anda sangat bererti dalam hidup saya dan saya banyak belajar tentang hakikat kehidupan,memberi dan menerima dan juga memaafkan..

Dikelilingi kawan dan sahabat juga menjadikan aku sebagai pilihan mereka untuk meluahkan masalah,meminta pendapat walaupun aku tidak lah begitu berpengalaman,tempat untuk meminta pertolongan dan sebagainya. Pernah satu hari salah seorang kawan mengatakan aku seperti kaunter pertanyaan.Aku cuma tergelak kecil dan tersenyum. Walau macam mana pun aku rasa dan anggapan orang terhadap aku, tapi aku sikit pun tak kisah semua tu. Selagi aku bergelar seorang kawan,sahabat..aku rasa aku patut membantu selagi termampu.

Tapi diakui, dunia bersahabat atau berkawan pun ada cabarannya. Kadangkala bermasam muka,tidak puas hati,geram dan macam2 lagi.Bergaduh macam orang bercinta. Ingat orang bercinta aje ke bergaduh? Berkawan pun bergaduh taw...well,it's normal. Tapi dari situ lah kita belajar untuk lebih memahami diri masing2,memberi dan menerima dan berkomunikasi dengan cara yang betul.

Sebenarnya banyak kisah yg nak aku kongsi selama aku hidup berkawan dan bersahabat. Tapi rasanya lebih sesuai kalau aku continue dalam next entry disebabkan masa yang tak begitu mengizinkan. Cukup buat masa ini..make sure rajin2 kan diri tuk bace update dari aku (rse nye,aku plk kot yg x de mse nk brblogging nih!..heee ). Ok, aku cuba cari masa...

untuk itu,,,selamat malam,jaga diri =)




*kelewatan melanda.klas 8.30 sok pagi..go go mira!

Saturday, 3 March 2012

Pagi Yang Sepi...

Posted by MIRA at 11:33 0 comments
Nak tido x mengantok..
masih setia di hadapan laptop
klik situ,klik sini.
Badan rasa la penat jugak sebab
dah 2 hari berturut-turut pusing bandar melaka nih!
2 hari berturut-turut jugak pegi tgk wayang.
Smalam layan ADNAN SEMPIT.
Hari ni pulak CINTA KURA-KURA...
Komen aku??
CINTA KURA -KURA mmg terbaek!santai...
ADNAN SEMPIT?Hemmm..tak kena dgn taste aku kot..
Macam lari je dari motif cerite..x brape nak paham sangat.
Well..aku bukan la pengkritik filem,tapi itu pendapat aku aje.

Tido malam ni ditemani 2 org sahabat.
Yang laen masih enak bercuti di rumah kot..dan tersangat jeles di situ!
Sunyi lagi kt AYAM ni..oppss mgkin ada yg x paham.
AYAM stand for APARTMENT YAYASAN MELAKA.
Everything dh siap kemas. Sampai aku tido dengan lena nya smalam
kerana terlalu penat mengangkat dan mengemas barang..
Esok belom tahu lagi nak buat apa..
Termenung je kot kat bilik ni.Tak sanggup lagi nak keluar.
Kalau tak mesti duit aku melayang lagi...

Dalam kepala duk terfikir lagi.
Macam mana life aku semester ni??
Macam sem lepas ke?sedikit kacau bilau,
tapi masih lagi aku bersyukur kerana di berikan pengakhiran yang indah!
Semuanya kerana kasih sayang Allah...
Semua yang aku lalui semester lepas aku anggap sebagai pembuka mata,hati dan minda.
Dan aku juga menyedari tak selalu aku di atas.
Ada kalanya aku di bawah.
Semua yang berlaku jugak..every single thing.. aku anggap sebagai proses kehidupan yg normal.
Biarpun pahit, ada manisnya...
Tapi sesetengah yg manis itu ada juga melukakan.
Tanpa aku sedari...mungkin terlalu asyik.
Ya,aku manusia biasa. Punyai kelemahan itu pasti..
Aku juga bukan patung yg tidak berperasaan.
Dan kadang-kala rasa ingin di buang terus..biar lenyap.
Kalau di kenang sangat pasti terbit juga ayat2 yg menyalahkan diri sendiri.
Walhal itu adalah sebuah takdir.
Tapi aku pasti suatu saat aku tetap akan merindui semua itu.
Dan aku pasti akan tersenyum..That's life!

Dan sekarang aku sudahi luahan hati dan bersedia meng 'off ' kan laptop..




*pagi yg sunyi dan sepi...

Tuesday, 28 February 2012

DIA DATANG LAGI!!

Posted by MIRA at 18:37 0 comments
 Assalamualaikum....Morning readers!

Apa yang datang lagi tuh?
Mood melenting aku datang lagiii...!
Ok.aku tahu kenapa.
Sebab esok aku bakal meninggalkan bumi penyu ini..isk..isk..
Seminggu ni mood aku memang x tentu.
Cepat aje melenting
Tak boleh silap sikit,mula la nak marah.
Ok..aku memang seorang yang defensive tapi sekarang
aku rasa aku dah makin positif (cett,,perasan!)
Dah boleh kawal emo tu..susah nya aku rasa
tp i keep trying and trying...

Berbalik pasal mood aku yang cepat melenting sekarang ni tu..
Aku perasan since aku sekolah menengah lagi.
Everytime aku nak balik ke asrama lepas cuti2 Malaysia kat rumah,
Aku cepat melenting..same la macam sekarang.
Dulu aku pelik jugak..yela,

Orang laen aku rasa.. time nak balik asrama mesti touching2 gittoo!
Tapi aku laen...bukan x touching tapi style aku touching tu laen kot..(agknye la)
Mood jadi tak stabil
Aku memang mengaku yang aku jenis yang susah nak express rase sedih.
Kalau boleh sorok,memang aku sorok.
Sebab tu la kot mood jadi camtu. Ye tak??

Kadang2 menyesal jugak kalau melenting tak tentu pasal.
Yela..bile dah melenting,tahu2 la kan..
Laju aje mulut nak marah orang,argue tu..argue ni.
Tapi tak ade la smpai mnyumpah2..keluar perkataan  pelik2..
No!no!no! that's not my style!
Tahu lagi la nak tapis dulu perkataan tu..heh!
Tapi aku memang tak suka marah2 tk tentu pasal.
Sebab bila aku dah marah, ayat aku...huishhh!!
Memang pedas. Susah nak control.
Aku memang pandai provoke orang dan aku jugak pantang diprovoke!
So,sebab tu aku tak suka nak marah2 orang ni...
Aku takot ayat aku tu bisa melukakan hati mereka..cewahhh!
Niat aku asalnya nak defend diri sendiri je..
Tapi kalau dah boleh bercakap,bukan senang nak control.
That's why aku cakap aku ni defensive!
Selalu nak menang...ok...fine..aku mengaku.
Itu kelemahan aku.
But now, aku dapat rasa la aku boleh control sume tu.
Effect belajar sbject Prsonal development kot..haha..

Sorry la pada sesape yang terkena dengan aku.
Especially family aku sendiri.
My siblings la biasanya..kalau lain kali k.ngah marah2 tak tentu pasal
sebelom nak balik kampus,sila la faham2.
Jangan di layan sangat..that's just a normal and temporary circumstances..
Tapi jangan tak tahu..
Aku kalau marah,cepat aje sejuk.
Tak ada nya nak membebel lama-lama,
Time tu je la marahnye..dah lepas semua,diam aje la lepas tu =D
Ada kala nya, aku boleh kawal marah..
Di akui,sangat la susah!Tapi aku cuba jugak..
Inhale...hold and then exhale...fuh..lega lepas tu.
Tak pun fikir something yang best2..tak jadi la nak marah.
Dan sebaik-baik cara adalah dengan istifar,berwuduk dan sebagainya...
Dan aku jugak cuba ingat hadis ni :

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Jadi,sekarang aku tak nak melenting tak tentu pasal lagi..
Esok kan dah nak balik Melaka..huh..lemah semangat kejap.
Sesungguhnya aku belom bersedia menghadapi semester baru,
Hati dan jiwa masih melekat kat rumah ni..
Tapi nak tak nak pun,
aku faham, aku tahu dan aku mengerti yang aku kena jugak balik sana
menyambung semula perjalanan aku mencari ilmu (tiba2 ayat sastera pulak)
Tak boleh tidak!
Dan aku akan cuba yang terbaek, yang penting istiqamah...
Dengan kasih sayang Allah,tiada yang mustahil!
Sangat terkesan ayat tu..
Lebih2 lagi bila aku sendiri dah melaluinya..it's a miracle..
Dan aku sangat menginsafi semua itu...






*belom packing apa2 pun. Jangan ada tertinggal barang sudah...heee...





THAT WOMAN...

Posted by MIRA at 16:32 0 comments

THAT WOMAN

One woman loves you
She loves you with all her heart
Everyday she follows you like a shadow
She laughing but crying

How much more How much more
Must I gaze at you like this alone
This meaningless love, this miserable love
Must I continue  for you to love me

Come closer a little bit more
When I take a step closer, you run away with both feet
I who loves you, even now I’m at your side
That woman is crying

That woman is very timid
So she learnt how to laugh
There are so many things she cannot tell her closest friend
That woman’s heart is full of tears

So that woman said she
Loved you because you were the same
Another fool, another fool
Won’t you hug me once before you go

I want to be loved, my dear
Everyday in my heart, in my heart
I shout out
That woman is beside you even today

Do you know that woman is me
Don’t tell me you know and are doing this to me
But you won’t know because my dear, you’re fool

How much more How much more
Must I gaze at you like this alone
This meaningless love, this miserable love
Must I continue for you to love me

Come closer a little bit more
When I take a step closer, you run away with both feet
I who loves you, even now I’m at your side
That woman is crying






*..............



Monday, 27 February 2012

ABAH, I LOVE YOU...!

Posted by MIRA at 03:20 0 comments
Pejam celik,pejam celik.My abah sekarang dah pun genap 51 tahun.
Satu angka yang cukup membuatkan aku termenung,berfikir..
Sayu pun ada...
Rasa macam tak nak bagi abah tua.Biar muda aje sentiasa..heh...
Tapi aku tak pernah rasa abah  dah tua.Muda lagi kan 51 tahun tu??
Sama la macam adik  lelaki aku yang paling bongsu.
Walaupun dah nak masuk 12 tahun,aku tak pernah rasa dia dah besar
(not physically ok,sebab dia mmg lagi besar dan tinggi dari aku..hehe)
Rasa dia kecik lagi,sebab tu kadang2 aku layan dia pun macam budak kecik.
Kakak mithali kan.... =)

Betapa pantasnye masa berlalu,sehinggakan abah dan mama sekarang
dah dapat seorang son in-law. Seorang je..bukan 2.
Aku??tak tahu lagi bila nak bagi sorang lagi son in-law  untuk mama n abah..hehe..
Belom masanya lagi walaupun sekarang semua duk korek rahsia hati aku!
Siap sindir2 tu tak tahan..haisyy..sampai aku pun dah takde idea nak jawab apa..
Habis-habis pun aku jawab "tunggu pengarah filem muda kat Malaysia ni dulu..
ala...yang filem dia selalu box office tu..", pastu diaorang semua gelakkan aku.
Then diarong semua diam la..habes citer!senang...

So, malam sebelom hari lahir abah(21/02/2012),my sis and i plan nak bawak abah
and my family pegi makan2. Nak kata celebrate sangat,tak jugak.Saja la kan..bukan selalu.
Actually tak cukup qorum pn (btol ke eja cmni?malas nak belek kamus!) sebab 2 of my sisters
tak ada..sorang duk asrama.Sorang lagi wat foundation dekat P.Alam...
Yang syoknye,aku dapat jugak makan sotong celup tepung..waahh..fevret ku!
Nanti bila dah balik Melaka, susah nak cari sotong celup tepung sesedap yang ada dekat
foodcourt tepi pantai kat kampung aku nih!mana lagi...semestinya Pantai Kelulut!
Korang kalau datang Terengganu,singgah la kat pantai kelulut..tak pun mana2 pantai
kat negeri Terengganu ni. Pantai kami cantek!bersih lagi...hehe..(promote!)

sotong celup tepung..nyumm2..

Mana satu dulu ni??makan aje lah semuanye..nanti kempunan pulak =)


Punya lah semangat nak pegi makan, abah tak sempat tukar baju pun..
balik dari masjid,terus  pergi..hehe..5 minit je kot dari rumah..

                                                               mama and me
newly wed
macho man...heee..
aku paling semangat! i luv foods

bkpe tanda bagus ni bah??haha..

like father like son!


SELAMAT HARI LAHIR ABAH..SEMOGA PANJANG UMUR,DI MURAHKAN REZEKI DAN MENDAPAT KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN HIDUP DARI NYA...AMEEN...





*sorry la ye adik-adikku yg x bekesempatan tu...nanti semua ad kat rumah kite pekena lagi sotong celup tepung + coconut shake sambil menikmati bayu laut di waktu petang!hehe..peace! =)








 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review