"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Thursday, 9 August 2012

Hati Yang Rapuh

Posted by MIRA at 10:52 0 comments
 Assalamulaikum...

Entry ke 2 untuk hari ni. Tak terfikir pun nak tulis 2 entryhari ni.tapi hati bagai ditarik-tarik untuk menulis. Mungkin entry ni agak puitis.Almaklum la..malam dah semakin tua..suasana pun dah sunyi.Sebenarnya hati dah berkira kira nak tidur tapi tetap juga sebahagian lagi menyuruh aku menaip entry ni.

Malam tadi sebelum solat terawih aku terpandang adik perempuan aku. Seperti dirinya sedang dilanda masalah. Sekali pandang aku dapat meneka masalahnya.Masalah hati.Entah betul,entah tidak...aku hanya mengagak.Tidak mustahil.Perasaan bukan terbatas mengikut umur.

Aku mahu cuba bertanya tapi masa waktu itu tidak begitu sesuai.aku pun kelam kabut hendak pergi berterawih. Belum sempat aku bertanya, abah terlebih dulu bersuara.Tapi pada pendapat aku,abah cuma menyangka bahawa adik aku itu kepenatan pulang dari sekolah menaiki bas.Apatah lagi dibulan puasa ni.

Tapi aku tidakberpuas hati. Aku tahu,bukan masalah penat. Aku cuma mampu bertanya padanya."kenapa?" tapi tidak mendapat balasan.Melihat dia seperti bersedih hati,muram,termenung,penat aku jadi pelik.ditambah aku terbaca status nya di facebook menguatkan lagi sangkaan aku.

Dalam perjalanan ke masjid,aku tiba2 teringatkan adik aku itu. Tiba-tiba air mata aku bergenang!aku bertanya sendiri.Seperti itu kah aku satu ketika dulu?mengingatkan itu,hati dibalut duka.Ah!betapa rapuhnya hati aku. Aku sedar, disebalik kekuatan,aku tetap seorang perempuan yang kadangkala rapuh hatinya. Aku bertanya lagi.Seperti itu kah orang disekeliling aku melihat aku satu saat dulu. Tapi rasanya tidak!aku keseorangan melaluinya.

Buat my little sis, if you read this..listen to my words.Your journey is still far away.Don't let stuff like that ruin everything. Hati kamu memang hak kamu,tapi berpada-pada lah. Orang yang lebih matang dari kamu pun belum tentu mampu mengawal hal-hal sebegini.Nasihat ini juga buat diri sendiri dan sesiapa yang membaca.

Ingat kata kata ini.'Manusia boleh hidup tanpa cinta daripada manusia,tapi manusia tidak dapat hidup tanpa cinta daripada Allah!'.Cinta manusia itu sendiri datangnya daripada cinta dari Allah. Allah menganugerahkan kepada kita seseorang yang berhak dan layak untuk mencintai  kita kerana Allah sayangkan kita.Jadi,itu bermakna cinta itu datangnya dari Allah. Jika tidak, mana mungkin kita dikelilingi oleh insan-insan yang menyayangi dan mencintai kita seperti ibu bapa,adik beradik dan sesiapa saja.

Mungkin andaian aku tentang adik perempuan aku itu tidak benar.Sepertinya dia tidak sihat.Jadi mungkin telahan aku salah!Tak mengapa lah.Sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi sesuatu di sini.

Wallahualam...






*semoga tak terlambat bangun sahur.. =)

Bila Kami Jadi 'actress'

Posted by MIRA at 04:09 2 comments

Setelah beberapa bulan..eh kalo tak silap 2 bulan kot,baru aku berkesempatan post commercial di mana aku dan group members aku menjadi watak utama. Selepas berbincang akhirnya we decided to choose BATA sebagai subjek untuk kteorang punye iklan ni...

Banyak jugak idea yang datang tapi idea iklan ni spontan datang dalam fikiran aku dan rupanya group members aku yang laen pun terfikir idea yang lebih kurang same je. Lama jugak discuss. Lepas puas berdebat itu ini, itu ini..finally kiteorang telah menggabungkan semua idea yang terlintas dalam fikiran kiteorang. dan akhirnya terhasil juga iklan ni.

Jom layan.....  =)


haaa....amacam?(kritikan membina dialu alukan..hehe)

Iklan ni merupakan satu projek yang wajib bagi semua student yang mengambil subjek Marketing Communication (MARCOM).Untuk iklan ni kami telah memilih Kampung Durian Daun Dalam as a main location.Rumah dalam iklan ni sebenarnya dekat dengan rumah sewa aku masa part 2.Depan pagar aje...dulu selalu jugak jenguk2 rumah  ni sebab tertarik dengan senibinanya yang menekankan ciri2 rumah melayu melaka. Sedap je mata memandang..


Selain rumah ni, kiteorang jugak shoot dekat Tecso Bandar Melaka. Depan kedai kasut Bata je pun,tak masuk dalam okkey...haha..teringat macam mana susahnya nak shoot kat situ sebab ramai orang lalu lalang pastu wat muka pelik. Siap berenti lagi nak tengok retis mana la duk blakon ni.Sian Rina...Naseb baek wat tak taw je..haha..

Dalam ramai2 ni la, aku rasa aku la yang paling tak reti blakon.Makk aiii...kaku macam kayu!Awal awal aku dah surrender sbenanya sebab aku memang fail bab2 blakon bagai ni,,heee...

Baju sekolah yang aku pakai tu actually baju time aku form 4!see..a..pndai tak aku jaga badan?muat lagi. (padahal mmg aku tak besar2 dah pun..kuikui...). Baju tu aku pkai 2 kali je kot sebab aku tak suke!rasa skema. Baju pengawas pusat sumber la katakan...tapi aku bukan librarian(btol ke eja cmni??).Aku pengawas galery sekolah time tu.Seronok!

okkeyy...melalut!

Lepas bertungkus lumus berlakon,pastu kena komen lagi dengan lecturer,cut cket iklan tu,edit2...akhirnya kami berpuas hati dengan hasilnya!Lecturer pun bagi feedback yang agak memberangsangkan...Alhamdulillah...

Terima kasih untuk semua yang terlibat especially tukang edit (farid) dan jugak pelakon extra (firdaus).Jangan marah nama anda saya mentioned kat sini..heee...tanpa bantuan korang,susah jugak tu nak siapkan iklan ni.TYVM!



Ni aku aku letakkan trivia untuk iklan ni :

-watak budak sekolah yang innocent tu pada asalnya diberikan pada aku,tapi atas sebab aku tak pandai blakon jadi innocent,watak aku ditukar kepada budak sekolah yang laser lagi gediks tu!haha

-untuk pilih watak masing2,kiteorang buat undian!pakai kertas lagi tu..biar adil!lepas undi akhirnya dapat la watak masing2.Secara kebetulan watak tu memang kena dengan diri masing. Maksud aku, sesuai dengan umur dan riak wajah.. ~aku tak gedik mcm dlm iklan tu kot..hehe..

-watak Peah si jiran yang laser tu memang sesuai dgn empunya diri sebab dlm kelas kami panggil dia peah gossip,padahal nama bukan maen best lagi..(laila okk..)

-time blakon ni actually kak.nod yang memegang watak sbg mak,kurang sihat.Tapi disebabkan komitmen,dia buat jugak yg terbaek.sbb tu muka pucat je kalo korang prasan la...

-mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk disiapkan.i mean..shooting.

-terserempak dengan orang kurang siuman time shooting ni..kecut perut jadinya...haha


-rina si budak sekolah yang baek tu mulanya tak setuju dgn watak tu,tapi nak wt cmne..lepas undi 2 3 kalitetap dia yg dapat watak tu...(alah...x pe la.Rina mmg gud actress..hehe)

-iklan yg ak post kat sini merupakan iklan yg asal.tapi yg di submit pada lecturer dah pun di potong sebahagian drp nya sbb trlampau panjang.tapi still tak menjejaskan jalan cerita.ending song jugak dah ditukar kepada lagu sudirman.so,lebih touching le kot...kuikui..malangnya i lost the copy sbb tak save dlm pendrive.kbetulan laptop ku rosak and everyting is gone!

-rina si watak utama sebenarnya x leh drive.trick je tu..~jgn marah kite taw rina..hehe..

-plastik bata tu di buat sendirian berhad oleh laila



Lenkali kalau dapat peluang lagi tak tahu la nak wat iklan lagi ke tak?hasilnya mmg menyeronokkan tapi proses dia...fuhhh..agak memenatkan.Yang ada bakat tu apa salahnye kan?kan? =)



*org sibuk nak bukak pose,aku sibuk update blog...haaaaiiii...

Wednesday, 1 August 2012

CORAT CORET RAMADHAN =)

Posted by MIRA at 01:54 0 comments

Assalamualaikum!

Hari ke 12 berpuasa,apa yang terlintas dalam fikiran korang?rasa amalan masih tak cukup?rasa still bersemangat?rse lemau2 cket?atau rse dh excited sangat nak raya??korang jawab sendiri...tapi kalu dah excited nak raya tu,rasanya tak brape patut lg kot..hehe..bekalan amal pun tak cukup tapi dah sibuk fikir raya.hemm..tapi terpulang.Itu hak masing2.

Well...tahun ni tahun kedua aku berpuasa penuh di rumah.Sebelum ni bulan puasa jatuh time aku still lagi kat kampus. Berpuasa, berbuka dengan teman-teman.It's quite fun! tapi time tu jugak rindu nak berbuka dengan family kat rumah. Bila sekarang sebulan berbuka dengan family,rindu pulak nak berbuka skali dengan member member semua.Yup!Rindu sangatt...Aku ingat lagi time berbuka ngan member2 time diploma dulu.Walaupun jauh dari keluarga, tapi kawan2 tu semua la ubatnya..hehe..

Ok!sebenarnye nak tulis pasal laen tadi,terlajak pulak =D

Back to the topic!I wanna ask you guys...apa peristiwa@perkara dalam hidup korang yang selalu korang ingat time bulan puasa ni? (lets share...) Sure!mesti adanya...tak kesah la manis,pahit,masam,masin..semua ada kan?Just like me!kalau bulan puasa aku mesti ingat :

1.Jelajah Bandar Kuala Terengganu- Yang ni aku selalu buat time sekolah dulu. Paling aku ingat masa form 2 kot..Tak tahu la macam mana aku dengan member2 kamceng boleh jalan kaki dari sekolah (smk sultan sulaiman) sampai beberapa kilometer semata-mata nak kejar bas pergi bandar KT tu.aku pun tak faham kenapa nekad sangat time tu. Bila dah sampai sana,jalan kaki je pusing bandar. Tak beli apa pun.Actually sekolah aku tu memang tengah bandar je pun tapi nak pergi betul2 pusat bandar tu pun kena naek bas. Seingat aku la..benda yang aku beli just kad raya. Time tu kan eksited lagi bab2 kad raya ni..hehe.Balik pulak dah nak masuk waktu berbuka. naek je bas yang ada. kadang-kadang prebet sapu tu pun aku naek. Asal boleh sampai kat hostel. Tak cukup dengan tu,panjat pulak pagar sekolah!Ya Allah...teruk nye time tu,haha,,budak baru nak naek,,macam tu la. Alih2 berbuka time tengah jalan..hemm,,kalau warden aku tengah bace entry ni.."mintak maaf cikgu...hehehe"

2. Main mercun- Disebabkan life aku kebanyakkannya aku spent kat asrama time sekolah, ofkos banyak memori bulan puasa ni tersimpan kat sana. Haa..bab main mercun ni.(awas:jangan tiru macam saya!). Pernah la main kat asrama..hehe.time orang nyenyak tido,aku and the geng duk sebok maen mercun!maen pulak dengan akak2 yang kerje dekat kitchen time tu.(istilah dewan makan yg digunakan oleh budak hostel smkss hehehe). Tapi aku rasa aku paling penakot. Aku memang takot mercun..kat rumah pun aku tak maen. tapi bila kat asrama,buat2 berani la konon..lagi satu aku takot dengan warden time tu. Mana boleh imej aku yang baek di mata warden tu tercalar..kikiki..tapi ok la. dia tak taw pun sape yang maen. Kiteorang maen lempar sembunyi tangan je..Buat2 tak tahu. Tapi lepas dah makin ramai yang maen time tu,aku and the geng tak maen lagi dah. Kena tangkap dengan warden tu masak la...hehe.

3. Terminum air- Yang ni terjadi time aku form 5.Mak aiiii...boleh pulak aku lupa time tu puasa.Dengan selambanya aku teguk mineral water yang biasa aku simpan bawah meja.hehe..langsung tak ingat!Tapi nasib baik  dua tiga orang yang duduk satu meja dengan aku je prasan then tegur aku. Meja aku time tu paling belakang dalam kelas.So,tak ramai yang perasan.kalau la kawan2 lelaki yang nampak mesti dia cakap "agak-agak la tak puasa pun.."Padahal aku terrrr...minum!Kat situ jugak aku tersedak bagai..hahaha..dah telan pun air tu,nak wt cmne?tak sengaja okk... =D

4. Ponteng terawih- Yang ni lagi satu. Time sekolah dulu..zaman muda belia..hehe..bukan rajin sangat terawih. Masa tu tak tahu la kenapa nakal sangat!sanggup menyorok dalam almari semata-mata tak nak warden tahu aku tak pergi terawih. Asal nye memang tak wajib pergi, Tapi lepas tu jatuh wajib pergi pulak. Time tu kesedaran tu tak brapa nak ada sangat,,tahu dah yang terawih tu dapat pahala kalau buat, tapi perasaan malas tu tak boleh nak lawan. Kira nya aku pergi ikut mood!time rajin pergi,time malas...dalam almari la jawabnye,,,Haiiii...kelakarnye dulu. Betapa jahilnya waktu tu. Tapi bila dah naik form 3 cmtu...kesedaran dah ada. Maklum la..form 3 kena turun kelas kot!patot la insaf pun..hehehe..

5. Jalan kaki rumah ke rumah- Yang ni memang wajib dulu. Tapi yang ni time malam raya!(ok..lari topik cket =D ).Dari aku kecik,memang ni la tradisinya. Pergi rumah jiran sambil bawak tanglung dengan bunga api. Syoknye time tu...(skarang dah besar,tak buat dah..hiii). lepas dah masuk sekolah menengah,acara bertukat cket. Pergi rumah jiran bukan sebab nak meaen mercun atau bunga api, tapi pergi duduk bersembang atas pangkin. Tak pun bawah pokok. Dari A sampai Z kiteorang bercerita.(bukan mengumpat taw....kikiki) Tengok je le adik2 maen..tak rasa sangat dah nak maen.

Tapi bila dah meningkat tua sekarang(opppsss..tua ker???) dah tak terasa sangat kemeriahan tu. Tapi kenangan tu tetap segar dalam ingatan. (cewahhh...berbahasa pulok...). Waktu tu mana ada kesedaran sangat. Ramadhan kurang dihayati. Berlalu macam tu aje..betapa ruginya. Tapi sekarang rasanya laen. Mungkin sebab proses kematangan tu sendiri, kita mula faham apa itu erti Ramadhan.

Apa pun, aku sangat merindui kenangan tu semua. Walaupun ada yang tak patut, tapi apa boleh buat. Waktu tu aku masih budak lagi. Perkara normal kot nakal sikit2...hehe..kalau tak, tak ada la kenangan time bulan puasa ni. Yang penting sekarang the future! mesti tahu bagaimana nak mencorakkan masa depan especially life dekat akhirat sana....

Kenangan tu semua,simpan je la dalam kotak memori.Buat ubat senyum bila memerlukan. Bila fikir2 balik,nakal jugak aku time sekolah dulu. Ala..nakal2 manja je pun..haha. Tapi aku pun tak paham kenapa orang sekeliling aku still nampak aku budak baek a.k.a. budak skema..heheh. Padahal tak de la skema sangat (kotttt...).Orang je yang tak tahu.. =D. Tak pe la...terima kasih sebab cakap saya budak baek!hihihi..


*kawan2...ble la nk bbukak skali kn?keadaan pun dah tak sama.yg dh kawen bukan senang nk kuar,ada tanggungjawab lagi penting. Make sure raya kite jumpe k! =)


Sunday, 29 July 2012

UPDATE!!!

Posted by MIRA at 03:37 0 comments

Assalamualaikum readers!Selamat berpuasa semua.. =)
Hari ni dah hari ke-9 kita menjalani ibadah puasa. Diharap kita semua dapat melipat gandakan amalan kebaikan dan semoga kita mendapat rahmat dan keredhaanNya..amin..

Actually dah lama nak update tapi  banyak sangattttt alasannya..hehe..tak sempat la, bz la, malas pun ada. Rutin harian skarang ni sama je kot mcm biasa cuma ada  masa yang diperuntukkan untuk mengerjakan ibadah yang sepatutnya di bulan puasa ni.

Selain yang tu, satu lagi rutin bertambah. KOREAING (stands for: layan cte korea =D ). Nak balas dendam sebab hari tu dah sebok sangat struggle tuk final exam. Skarang la masa nya nak tebus balik..ye dok? Btw, Lepas satu,satu citer aku habeskan. The latest one THE ROOFTOP PRINCE. best jugak cite ni.nk bagi 5 bintang! (over plak...)

isshhh.... tlebey suddahh!sbenarnye nak update gmba time Dinner Kos hari tu. (MASA).Hari tu kan dah janji nk upload. So, skarang janji sudah ditepati. Tapi tak banyak sangat pun upload nye. Lembab je tenet ni. malas nak nunggu..hmm..

Tak pe la eh...upload yg tmampu sudah.Nanti dah rajin upload lagi..kikiki...aci x cmtu?


 bersama penasihat MASA...hemm??mne satu?sume cm student je..hehe

 with Eima

antara barisan Exco

 Laila and me! =) ~model muka pintu..hiii


ni apa kes ni??hahaha

 My classmates yg sporting =D



sembang apa la time ni...hahaha

 Para Jelitawans!oppss...~yg tengah tu queen of the night! =)

Finally!we go back!ni antara yg paling last tinggalkan ballroom. Leh wt cover album!

Ni antara gamba2 yg rajin aku upload. Banyak lagi sebenarnye...tapi tak berapa nak rajin sangat la nak upload manyak2..heeee...

Cukup la kot ..hemm..tringat plak lepas gmba yang last tu, kiteorang sempat lagi stop minum2 kat  kedai tomyam!haaiii...kate dinner!makan kat hotel plak tu...alih2 cari jugak warung lepas tu..hehe
apa pun it's quite happening!




*nampaknye blog ku dh di update dulu...ehem2..bmakna sy lagi rajin daripada....... =D

Saturday, 23 June 2012

Aku dan Bulan June..

Posted by MIRA at 07:14 0 comments
Assalamualaikum...testing testing..ehem2..

Dah lame tak update macam ni la jadi nya..hehe. Okay, start with today. Hari ni bangun je tido terus bukak lappy sambil doa2 cket mudah-mudahan lappy kesayangan aku okay as usual. Tapi malangnya tetap jugak tak okay..humm..hampa.  Smalam aku onn kan lappy tu, tiba-tiba keluar blue screen. bila dah keluar blue screen, aku dah paham dah. Jem lagi la maknanya. Perasaan tak puas hati mula timbul. Baru sebulan atau sebulan lebih(klo x silap) aku hantar kedai utk repair. Dah la mahal sebab kena tukar motherboard..Haii..nasib la mira. Nak buat cmne?? dah laptop tu pun nak masuk 4 tahun. Tapi aku sayang laptop tu!Yang paling geram,semua gmbar2 aku dalam tu x sempat nak back up. Cuma sebahagian aje aku letak dalam external..sob..sob.. =(.Laptop boleh di cari.Gamba2 tu semua mana lagi nak cari??Nasib baik ad satu album yang aku sayannnggg sangat2 ada lagi aku simpan. Kalau tak?hemmm...skarang lappy tu dah ada dengan sorang kawan aku yang baik hati nak tolong tengok2 kan...hehe.thank u retis! =D


Tutup cerita lappy, kita bukak cerita laen pulak. Kalau samalam lappy rosak, hari ni aku baru prasan earphone aku pun tak ada. Seingat aku smalam bawak masuk libry. Lepas tu tak ingat dah letak kt mana. Rasa2 macam tertinggal dekat luar libry.Okay,tu salah aku la..cuai,salah letak. Bertambah la kebosanan aku. Laptop rosak,earphone hilang dan..dan..my lovely gitar pun takde.pun ada dengan kawan aku sebab tune nye tak betol.hari tu jatuh dan terpusing agknya.(agaknya la kot..hehe). Kesimpulannya,,seribu kali bosan la..



Sabar aje la. Tak maw stress stress.No!no!no!Stress tak baek untuk kesihatan.kikiki..nak final kan.(cakap dalam hati "hadapilah dengan tenang"). Bak kata sorang kawan aku tu..."mu kan sorang yg tenang..tengok pn taw".hehe...saje le teww nak menyenyeh kat kite..(menyenyeh?? mksud nya perli,over,gedik dan nak mngada-ngada). Tapi mmg btol pun. Saya memangggg seorang yang cool.Walaupun kadang2 kelam kabut cket, tapi rasanya tak nampak sangat!Cool tu yg lebih.(masuk lif tekan sendiri!) =D



Hemm..actually nak update pasal semua aktiviti dan peristiwa2 penting sepanjang bulan lepas dan bulan ni.Tapi gamba pun banyak dah tak ada. Tak syok la jadi nya, Ye tak?So, i'll just update apa yang mampu aje le.

14 June! Dinner kos aku, MARKETING @ MASA. I'ts quite happening kalo nak compare dengan yang lepas2. Maybe sebab classmates pun ramai kalau nak banding dengan yang dulu.Ciput aje..hehe..skarang ok la. Satu kepala. Walaupun ada yang tak join, tapi still lagi menyeronokkan! Maybe jugak ni last dinner kita sebab skarang dah part4. Sem depan maybe tak de dinner dah except dinner untuk majlis PraGraduan. Yang tu majlisnya ada protokol cket. Skema skema gittooo...biasa la kan. Takkan Majlis Pragraduan nak hu ha hu ha pulak! am i rite? =)


So kesimpulannya...agak rugi la sape yang tak pegi hari tu. Sangat gempak la bagi aku dengan tema 'BLACK ROSE'. Cantik2 dan hensem2 sangat semua nya...hehe.Don't worry. Makan pun sodap! overall okay la even sedikit masalah teknikal pada mulanya. Tapi tetap berjalan lancar. Seingat aku, budak2 kelas aku la orang paling last tinggalkan ballroom tu. Over excited bergambar..haha.(oppss..termasuk la aku..kikikih..). Tu kot even besar kita yg last tuk sem ni. 


Rasa gembira,tenang,bersyukur. yes!kata orang langit tu tak selalunya cerah. Tapi Ahamdulillah..langit aku hari ni dah semakin cerah. Hidup seperti pusingan roda. Kadagkala kita di atas,dan kadangkala kita di bawah. Jadi jangan terlalu memikirkan kesedihan. Banyak lagi perkara2 yang membahagiakan. Memang benar kadang2 kita perlu merasa kesedihan supaya kita tahu menghargai kebahagian. Tapi buanglah kesedihan itu dan nikmati lah hidup selagi kita bernyawa.Dan nasihat umtuk diri sendiri: Tak perlu terlalu menunjukkan kesedihan itu. Simpan lah dan mengadu lah hanya pada Nya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sedikit demi sedikit aku mula faham,nampak hikmahnya. Sememangnya menerima kenyataan tu tak semudah disangka. Tapi aku faham kehendakNya. Mungkin bukan sekarang, atau mungkin jugak bukan untuk selama-lamanya.Andai itu takdirnya,aku reda.(Macam novel la pulak). Aku dapat melihat pusingan hidup aku. Macam ice blended. Dicampur dengan pelbagai perisa dan di blend. Tapi rasanya sangat sedap. Yang penting aku gembira sekarang. Dikelilingi keluarga yang sentiasa menyokong,kawan2 @ sahabat2 yang sentiasa ada untuk membuat aku tersenyum. Terima kasih untuk sebilangan anda yang menceriakan hari saya.Really appreciate that! =)

Sekarang jom berjuang untuk Final! sikit aje lagi..Yes mira..you can do it! Up kan cket target tu. Semoga aku kuat dan menemui pengakhiran yang membahagiakan.Aminn... =)




*sangat lah lambat nk upload gamba.Next time saya upload..hhihihi.. pasti!



Wednesday, 30 May 2012

dekat?jauh?

Posted by MIRA at 10:23 2 comments
seriusly.... i don't like the fact "dekat tapi jauh"
it's better if "jauh tapi dekat"
kan???you olls rase cmne?????

ok!nak cakap tu je...dah tu je yg mampu di tulis time  ni.











*menyesal plk x bli latest novel from anis ayuni hari tu (KEJORA DI LANGIT CINTA)
x pe,nanti sampai Melaka i nak serang MPH, x pun POPULAR...heeeee..... =D

Saturday, 12 May 2012

Saya Sayang Gitar Saya..heee..

Posted by MIRA at 12:38 11 comments
Huuuuuu...tensen nye maen gitar. Asal2 beli gitar, nak belajar maen. nak belajar maen sbb nak hilangkan stress..last2,aku plak yg tensen. tapi..tapi..still bersemangat lg  nih..hihihi..jd stress bkn sbb ap pn.Sbb ak just taw basic chord je. Lagi satu tak tahu nk strum cara yg betol..smalam sempat la try lagu Yuna.(heh...berangan!). Susah jgk nak maen lagu Dan Sebenarnya..lg senang Cinta Sempurna kot..tapi x jadi jugak. Rasa macam nak campak aje ke tepi gitar tu. Tapi x buat la..beli pakai duit tuuu...bukan pakai daun..heee

Tapi dalam tak tahu nak maen, boleh la jugak cket2 maen satu lagu neh. Falling Slowly by Glen Hansard.(tak sure la nk eja name ni.. =p). First lagu yang aku tahu maen...punyalah semangat practice dekat seminggu time cuti midterm hari tu..berbaloi la jugak!!

lagu ni x susah sangat nak maen sebab hanya menggunakan 4 basic chord (C F G dan Am). Aku rase sape2 pun boleh kot...so x bleh la nak berbangge sangatt..ye dok?Tapi aku rase still ada lagi sumbang mambang. tak pe, nanti mintak tolong sifu2 ajar. =)   Lepas ni buleh le ajar Iili housemateku maen plk.(cess..berangan nk ajar org!)

Malam ni sempat pegang kejap je gitar tu sebab sebok duk buat esemen. Tadi dinner kt MCD  sbb dah bosan makan nasi..euwww...berlagak kn?haha..tak de la. Makan lauk same,mane x bosannye?? Padahal MCD tu pn aku rse bnda sama jugak aku makan. Tapi sebab tensen terkurung kt  AYM ni kn...keluar la jugak + hati rase sedih jek tadi..tapi pegi MCD lagi sedih kot..sob..sob..(past is past).

Sekarang aku nak menghabeskan nuget MCD td yang tak habes2. Tu la...makan ikut nafsu. makan Bigmac tu pun dh kenyang kot...ok..tak nak melalut lagi.Nak pegi beradu sebab esok ada misi awal pagi dgn Laila..hehe ..(awal la sgt!).


gud nite,jaga diri, salam....



*susahnya nak pujuk orang merajuk ni kn?kesian  kt sy. kang cncel plan kita 19hb ni..hihihi
you are gud fren rite?? =)

*prnah satu ketika trfikir takkn sentuh gitar tu..tp sy percaya sy seorang yg kuat.thanx for those words...u make me realize one thing.


 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review