"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Saturday, 23 June 2012

Aku dan Bulan June..

Posted by MIRA at 07:14
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum...testing testing..ehem2..

Dah lame tak update macam ni la jadi nya..hehe. Okay, start with today. Hari ni bangun je tido terus bukak lappy sambil doa2 cket mudah-mudahan lappy kesayangan aku okay as usual. Tapi malangnya tetap jugak tak okay..humm..hampa.  Smalam aku onn kan lappy tu, tiba-tiba keluar blue screen. bila dah keluar blue screen, aku dah paham dah. Jem lagi la maknanya. Perasaan tak puas hati mula timbul. Baru sebulan atau sebulan lebih(klo x silap) aku hantar kedai utk repair. Dah la mahal sebab kena tukar motherboard..Haii..nasib la mira. Nak buat cmne?? dah laptop tu pun nak masuk 4 tahun. Tapi aku sayang laptop tu!Yang paling geram,semua gmbar2 aku dalam tu x sempat nak back up. Cuma sebahagian aje aku letak dalam external..sob..sob.. =(.Laptop boleh di cari.Gamba2 tu semua mana lagi nak cari??Nasib baik ad satu album yang aku sayannnggg sangat2 ada lagi aku simpan. Kalau tak?hemmm...skarang lappy tu dah ada dengan sorang kawan aku yang baik hati nak tolong tengok2 kan...hehe.thank u retis! =D


Tutup cerita lappy, kita bukak cerita laen pulak. Kalau samalam lappy rosak, hari ni aku baru prasan earphone aku pun tak ada. Seingat aku smalam bawak masuk libry. Lepas tu tak ingat dah letak kt mana. Rasa2 macam tertinggal dekat luar libry.Okay,tu salah aku la..cuai,salah letak. Bertambah la kebosanan aku. Laptop rosak,earphone hilang dan..dan..my lovely gitar pun takde.pun ada dengan kawan aku sebab tune nye tak betol.hari tu jatuh dan terpusing agknya.(agaknya la kot..hehe). Kesimpulannya,,seribu kali bosan la..



Sabar aje la. Tak maw stress stress.No!no!no!Stress tak baek untuk kesihatan.kikiki..nak final kan.(cakap dalam hati "hadapilah dengan tenang"). Bak kata sorang kawan aku tu..."mu kan sorang yg tenang..tengok pn taw".hehe...saje le teww nak menyenyeh kat kite..(menyenyeh?? mksud nya perli,over,gedik dan nak mngada-ngada). Tapi mmg btol pun. Saya memangggg seorang yang cool.Walaupun kadang2 kelam kabut cket, tapi rasanya tak nampak sangat!Cool tu yg lebih.(masuk lif tekan sendiri!) =D



Hemm..actually nak update pasal semua aktiviti dan peristiwa2 penting sepanjang bulan lepas dan bulan ni.Tapi gamba pun banyak dah tak ada. Tak syok la jadi nya, Ye tak?So, i'll just update apa yang mampu aje le.

14 June! Dinner kos aku, MARKETING @ MASA. I'ts quite happening kalo nak compare dengan yang lepas2. Maybe sebab classmates pun ramai kalau nak banding dengan yang dulu.Ciput aje..hehe..skarang ok la. Satu kepala. Walaupun ada yang tak join, tapi still lagi menyeronokkan! Maybe jugak ni last dinner kita sebab skarang dah part4. Sem depan maybe tak de dinner dah except dinner untuk majlis PraGraduan. Yang tu majlisnya ada protokol cket. Skema skema gittooo...biasa la kan. Takkan Majlis Pragraduan nak hu ha hu ha pulak! am i rite? =)


So kesimpulannya...agak rugi la sape yang tak pegi hari tu. Sangat gempak la bagi aku dengan tema 'BLACK ROSE'. Cantik2 dan hensem2 sangat semua nya...hehe.Don't worry. Makan pun sodap! overall okay la even sedikit masalah teknikal pada mulanya. Tapi tetap berjalan lancar. Seingat aku, budak2 kelas aku la orang paling last tinggalkan ballroom tu. Over excited bergambar..haha.(oppss..termasuk la aku..kikikih..). Tu kot even besar kita yg last tuk sem ni. 


Rasa gembira,tenang,bersyukur. yes!kata orang langit tu tak selalunya cerah. Tapi Ahamdulillah..langit aku hari ni dah semakin cerah. Hidup seperti pusingan roda. Kadagkala kita di atas,dan kadangkala kita di bawah. Jadi jangan terlalu memikirkan kesedihan. Banyak lagi perkara2 yang membahagiakan. Memang benar kadang2 kita perlu merasa kesedihan supaya kita tahu menghargai kebahagian. Tapi buanglah kesedihan itu dan nikmati lah hidup selagi kita bernyawa.Dan nasihat umtuk diri sendiri: Tak perlu terlalu menunjukkan kesedihan itu. Simpan lah dan mengadu lah hanya pada Nya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sedikit demi sedikit aku mula faham,nampak hikmahnya. Sememangnya menerima kenyataan tu tak semudah disangka. Tapi aku faham kehendakNya. Mungkin bukan sekarang, atau mungkin jugak bukan untuk selama-lamanya.Andai itu takdirnya,aku reda.(Macam novel la pulak). Aku dapat melihat pusingan hidup aku. Macam ice blended. Dicampur dengan pelbagai perisa dan di blend. Tapi rasanya sangat sedap. Yang penting aku gembira sekarang. Dikelilingi keluarga yang sentiasa menyokong,kawan2 @ sahabat2 yang sentiasa ada untuk membuat aku tersenyum. Terima kasih untuk sebilangan anda yang menceriakan hari saya.Really appreciate that! =)

Sekarang jom berjuang untuk Final! sikit aje lagi..Yes mira..you can do it! Up kan cket target tu. Semoga aku kuat dan menemui pengakhiran yang membahagiakan.Aminn... =)




*sangat lah lambat nk upload gamba.Next time saya upload..hhihihi.. pasti!



 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review