"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Tuesday 10 December 2013

I LOVE YOU,STUPID! # Review

Posted by MIRA at 00:34
Assalamualaikum!

Mood tengah fresh dan masih di awan awangan gittoo.. so, inilah waktu terbaik nk hupdate. Hari ini aku nak kotakan janji pada teman2 dan jugak janji pada hati sendiri!Aaaaaaa.....Cane nak cakap ek?Susah kalo dah jatuh cinta ni.Ok fine!kali nak ceghita pasal I LOVE YOU,STUPID!(ILUS) satu lagi novel karya MELUR JELITA. Sememangnya novelis ini tidak pernah menghampakan aku. Jalan cerita yang cukup sampai ke hati. Sebagaimana aku jatuhcinta dengan AWAK SUKA SAYA TAK? sebegitu juga aku jatuh cinta dengan (ILUS).



Sebenarnye....dah hampir setahun aku beli ILUS ni tapi baru skarang aku baca!WHAT???hehh...sukardipercaya.Aku si gila novel boleh peram selama tu. Ni nk habaq..waktu beli tu aku tengah bergelut dengan final exam,pastu smbung pulak dengan intern,pastu tesis, pastu carii keje,pastu keje kejap,pastu cari keje lagi,pastu baru bace!haha...berapa banyak pastu daaa...orang laen dah baca MY PRECIOUS IRIS,aku baru khatam ILUS!heeee...x kira la.yang penting aku puas hati.

ILUS menceritakan kisah seorang gadis yang nakal,boleh tahan gediks,berani sampai kadang2 berani x brtempat tapi sebenarnye berhati mulia.Itulah Iris Nur Binti Zakaria a.k.a IRIS!Iris menyertai misi kemanusiaan di Kemboja bila dipelawa oleh Aidan a.k.a boipren dia. Mengalami kesukaran tidak dapat membiasakan diri pada awalnya, ditambah pula perasaan menyampahnya terhadap bodyguard yg diupah oleh papanya iaitu FIRMAN! Firman seorang pemuda Melayu Champa atau Cham yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil di Kemboja. Iris pada awalnya tidak menyedari Firman adalah seseorang yg pernah dikenalinya satu ketika dulu dan pernah menjatuhkan maruah firman. Cuma bezanya, dulu firman tidak menggunakan nama Firman, sebaliknya EBRAHIM!Tidak lama selepas itu, baru iris mendapat tahu bahawa firman adalah orang yg dikenalinya selama ini.

Di kampung firman,Iris mengalami pelbagai pengalaman baru yg tidak tercapai dek akalnya. Cara kehidupan di sana sangat berbeza dari dunianya yg dilimpahi kemewahan apatah lagi iris adalah anak seorang jutawan tekstile di Malaysia. Tingkah laku iris selalu saja membuatkan firman tidak senang duduk,marah,meluat, dan risau apabila memikirkan iris.Baginya, Iris adalah satu tanggungjawab yg diamanahkan kepadanya.dan dia harus berpegang pada amanah itu.Tanpa disedari dia menyimpan rasa terhadap Iris namun menafikan perasaan itu kerana iris adalah amanah untuknya dan iris juga milik seorang lelaki bernama Aidan.Namun, Firman tidak tahu, Iris juga menyimpan rasa terhadapnya.Kedua duanya ego tetapi Iris selalu saja terlepas kata..hehehe..di sebalik misi kemanusiaan itu, Iris sebenarnya merancang satu lagi misi di mana dia menggunakan firman sebagai bonekanya.Misi tersebut akhirnya diketahui firman, dan firman menjadi pengganti Iris!betapa firman seorang yang amanah dan berhati mulia.

Belum pun tamat misi tersebut,Iris dihantar pulang ke Malaysia oleh firman tanpa relanya. Firman berasakan dia tidak dapat lagi melindungi Iris dan tanpa perbincangan,iris dibawa pulang oleh Aidan dan papanya. Iris terluka,kecewa, dan semua rasa bercampur baur. Dia akhirnya pulang ke Malaysia tanpa sempat meluahkan perasaannya begitu juga Firman.Pulang saja ke Malaysia,Iris dkejutkan dengan berita pernikahannya dengan Aidan yg telah dipersetujui oleh orag tua nya. Iris?kosong. Tidak ada rasa. Semuanya dibawa pergi oleh firman. Dia memutuskan untuk membatalkan pernikahan itu dan mendapat tentangan hebat dari ibunya, keluarga Aidan dan Aidan sendiri. Pelbagai hujah di utarakan terutamanya mengapa dia menolak Aidan. Dia berasakan Aidan tidak dapat membimbing dan melindunginya seperti Firman. Apatah lagi Aidan pernah cuba mengambil kesempatan terhadapnya. Buntu dengan situasi tersebut, Iris akhirnya bersetuju menikahi Aidan demi maruah keluarganya dan Aidan.Demi mama nya...Hari2 yg berlalu hanya ditemani bayangan firman dan rindunya terhadap firman dan keluarga firman di kemboja yg telah di anggap seperti keluarganya sendiri. Namun, iris akur.Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..dan dia mengorbankan perasaannya sendiri sambil menunggu waktu disatukan dengan Aidan..

Apa yang berlaku di penghujung cerita?Anda wajib baca!Kalau yg dh khatam tu,mesti tahu.Yang belum,wajib baca!haha..suke hati aku aje.Seriously!novel ni sgt best.Bukan novel cinta semata mata. Unsur Islamik dan kemanusiaan yg diselitkan sgt berguna dan menyentuh perasaan. Novel yg penuh dgn kasih sayang sesama manusia.yang miskin dengan yang kaya,yang berdaya dengan yg tidak berdaya. Awalnya, pembacaan aku agak slow sbb intro nya yg menyelitkan elemen2 kepolisan sebab si Iris ni menyertai SUKSIS. Cam kadet polis gitu tapi di peringkat Universiti.Tapi ada seronoknya jugak sebab aku dulu salah seorang ahli kadet polis time skolah menengah.So,banyak jugak kenangan terimbau semula.Rindu!especially bila sebut perkataan SANG SAKA BIRU!terngiang2 je rasa lagu sang saka biru kat telinga.One more thing,ILUS jugak menyelitkan elemen patriotik yg membuatkan kita bersyukur hidup di bumi Malaysia.

Kalau uolls baca,plez jgn skip intro sbb di situ bermula pertemuan tidak sengaja iris dengan Inspektor Ebrahim a.k.a firman. Mati2 aku ingat Ebrahim tu abg Firman or kembar Firman..haha..serkap jarang kau!Firman ni seriously, gentleman giler!Keras,ego,mulut boleh tahan pedas tapi sgt baik dan bertanggungjawab sebenarnya.Tak pernah ambik kesempatan kat  iris. Dia ni warganegara Malaysia tapi meninggalkan Malaysia demi keluarga di kemboja. Keluarga dia pun sgt humble.hhhmmmm.....insaf.Kalau la firman ni wujud...ahh..sudah!Jatuh cinta ngan Firman!berangan!iye...dengan moto besar ninja nya..ya ampunnn..mmg blh bayang betapa iris ni rimas kena control tp kalau aku xpe je..kuikui...sape x nak?meh habaq mai..tapi jaga2 dgn mulutnya yg pedas. Tp xpe gk,kdg2 dia suke sakat org.

Aku ni mmg suke pesen ni kot.misteri,ego tapi baik dalam diam,bertanggungjawab,dan sbijik2 mcm firman. Eleh...girlss mmg suke pesen ni.ngaku jela ken?ken?tapi tang ego,tak nak le ego sgt. x suke..merana jiwa..haha.yg penting bertangunggjawab,understanding,warm hearted,ego cket2 udah le hehe.tak ego lgsung x best plk,ikot ckp kite je..x challenging plk! =P Tp Xyah la nk berangan sgt nk asben cm dlm novel.Novel tu fantasi,hidup ni realiti!bila baca ILUS ni, boleh bayang tahap diva iris ni.Ada jgk perangai dia mcm reflect diri sndiri..hehe..insaf la oiii!lagi satu,aku igt ILUS x best masa baca mula2 tu sbb dia kn citer pasal kesengsaraan rakyat kemboja. ssh nk bayang.Sesuatu yg jarang di ketengahkan.Tapi MELUR JELITA berjaya membuat aku faham dan imagine sbb penceritaannya yang mmg sgt detail!berjaya membuka mata aku.Betapa dunia mereka sgt jauh berbeza dari kita.Masih wujud kehidupan sebegitu rupa tapi mereka lebih tahu menghargai dan mensyukuri nikmat Allah berbanding kita yang serba ada di Malaysia ni.Itulah masyarakat Melayu Cham di Kemboja.

Kalau la boleh wt drama ILUS ni..mesti meletops! aku duk trbayang FAZURA jd Iris. Mmg kena.Fazura mmg sesswai watak yg cm gediks gittoo.Dia sgt pndai membawa watak.Dats why i like fazura.Tp kalau Firman x taw nk bayangkan sape.Sape ye hero malaya abad ini?haha...kite bagi kt Aaron Aziz boleh?hihihi...x pn bagi kt Fahrin Ahmad.Tp bagi kat Shamsul Yusoff boleh gak!eheh...mentang2 aku minat shamsul ken...tp sesuai apa?kene ngan watak firman yg macho,ensem,ego dan pedas berapi bak kata Iris hahaha..words yg paling aku suke dlm ILUS ni: "my precious Iris" ...biasanya kalau firman nak sindir,nk tahan marah,or nak wt Iris perasan or nk Iris dngar ckap dia..dia akan guna words tu. Dan sekarang aku kena jugak cari MY PRECIOUS IRIS! beli online pn online la..ssh nk dpt kt Trengganu except kt Popular Mesra Mall. Tapi jauh sgt le derr...huuh..xpe.xpe..Usaha Tangga Kejayaan!




*Pilih yg kedua.Yg kedua adalah yg kita cintai kerana kalau kita cintakan yg pertama,kita tidak akan mencintai yang kedua.. ~Papa Iris (blh pakai kerr??)
*Lupe nk mention..tebal novel ni yaaammpunn..1389 muka surat! tebal x tebal?hehe..






0 comments:

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review