"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Sunday 12 February 2012

AWAK SUKA SAYA TAK?

Posted by MIRA at 09:19
"Kenapa soalan awak suka saya tak? Kenapa tidak do you love me or i love you?"

"Hmm...saya malu. Saya malu nak sebut perkataan itu. AWAK SUKA SAYA TAK? Lebih sopan..lebih manis..untuk kita yang belum ada apa2 ikatan. Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan halal iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita,baru saya cakap I LOVE U."


Aku pulak yg malu!Malu dengan Hilman.Dia sebagai lelaki, dia pulak yang malu terlebih.


"Cinta bagi saya...saya mencintai seseorang kalau ia boleh menghampirkan saya kepada Allah.Cinta itu terlalu suci bagi saya. Cinta ialah memelihara dan menjaga kesucian wanita yang saya suka. Saya tidak akan menyentuhnya selagi dia belum sah menjadi isteri saya. Cinta saya ialah membelai dan menyayangi dia sepenuh hati. Saya tidak akan menyakitinya, apa lagi melukakan hatinya. Saya akan menjaga dan melindunginya.  Saya mahu menjadi pendengar setianya. Saya mahu memandangnya dengan penuh kasih sayang. Dia hanya untuk saya dan saya untuk dia.


---------------------------------------------------------------------

Wajah bersihnya kurenung. Tuhanku,siapa sangka betapa ramai yang meraguinya. Bukan saja keluarganya,kawan-kawannya,masyarakat dan aku sendiri. Betapa ramai yang mencurigainya,keikhlasan,ketulusan,kesucian hatinya dalam menghambakan diri kepada allah. Betapa pedih dan sakitnya dia difitnah,dinista,diungkit segala dosa-dosa silamnya sedangkan dia bagaikan anak yang suci bersih,dilahirkan semula tanpa dosa dan noda.

Betapa manusia ini cepat menghukum dan menjatuhkan hukuman,seolah-olah mereka tuhan,lebih mengetahui isi hati dan perasaanya. Sehingga ada yang tergamak berkata takkan dia tak minum,takkan dia tak makan benda itu,takkan dia tak main dan takkan takkan takkan...!!!

Takkan itu adalah masa silamnya?Adakah mereka yag berkata itu,lebih baik darinya? Lebih baik dari Hilmanku?Apakah mereka suci bersih,maksum seperti nabi?seperti malaikat?

Dia yang sedang berdiri di hadapanku,ketika berapa ramai lelaki dan manusia lain sengaja atau tanpa sedar menarik selimut dan membalut semula tubuh dengann lebih kemas..menyambung tidur yang enak.

Tidakkah pernah dinyatakan bahawa Yahudi sangat takut jika bilangan umat Islam yang menunaikan solat subuh berjemaah seramai mereka yang menunaikan solat jumaat?Di manakah mereka yang mengutuk Hilmanku?Di atas sejadah di dalam masjid atau masih berulit dengan syaitan?

----------------------------------------------------------

"Saya takkan berputus asa kerana saya cintakan saudara seislam saya,dunia dan akhirat,Muhammad Hilman Yong Bin Abdullah..hamba yang penuh kesopanan,penuh kesabaran yang banyak mendidik dan membimbing saya. Jika dia sedar sekarang ini,jika dia nampak apa yang berlaku sekarang ini,pasti dia sangat berbangga dengan saya,anak muridnya memilih Allah dan Rasul dari memilih cintanya. Saya doakan semoga sifu saya ini mendapat syafaat dari Allah kerana kejayaannya mendidik saya, Dan saya doakan dia tidak dihukum dengan apa yang dikatakannya kerana dia tidak tahu dan dia tidak sedar. Saya doakan dia akan mendapat cahaya hidayah dari Allah."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok,done!Apa yang kat atas tu adalah beberapa petikan yang aku petik daripada novel terbaru yang aku khatam. Tajuk novel tu AWAK SUKA SAYA TAK?Mungkin bagi sesetengah pembaca menganggap tajuk novel ni sedikit kebudak-budakkan tapi itu terpulang kepada penerimaan masing2. 



Apa yang dapat aku katakan kat sini...novel ni tersangattttttttttttttttttttttttt la best!!! tak tahu macam mana lagi nak describe!kalau boleh satu buku tu aku nak cerita kat sini. Tapi impossible la kan.So, i suggest you,readers to read ths nvl. Tak rugi...banyak sangat pengajaran di dalam nya..


Seperti kata writer buku ni, MELUR JELITA, memang susah nak cari ayat2 yang romantik dan tangkap lentok dalm nvl ni. Tapi anda akan jumpa banyak kasih sayang dalam novel ni..sampai aku sendiri jatuh cinta dengan nvl ni. Yang parah nya,siap jatuh cinta dengan Hilman Yong! Watak utamanya..hehe..(opss dah curang dengan Tengku Syahran nampaknye..haha).


Hilman Yong merupakan seorang lelaki kacukan Korea-Amerika-Cina. Dia memeluk Islam ketika berumur 21 tahun dan berjumpa dengan Puteri Intan Zulaikha di sebuah restoran makanan segera. Dia memendam rasa terhadap Intan selama 8 tahun dan menunggu saat untuk bertemu semula dengan Intan dengan penuh kesabaran walaupun dia sendiri tidak pasti.Kiranya,bagi Hilman ni,kalau Intan tu jodoh dia,pasti Allah akan temukan mereka semula. Jadi dia meneruskan hidup nya seperti biasa.

Lepas 8 tahun,Hilman bertemu semula dengan Intan ni tanpa dia sangka. Memang ada jodoh la kn..tapi kerana salah faham,mereka terpisah semula. Ini jugak disebabkan sikap Intan yang kadang2 panas baran,suka bertindak dan berkata-kata tanpa berfikir,kelam kabut, dan sewaktu dengan nya la. So,mereka terpisah balik selama 2 tahun lagi...selama 2 tahun tu,Hilman menyepikan diri dan hanya kenangan bersama Intan saja yang digenggamnya tanpa dia tahu bahawa Intan juga sama sepertinya..

Tapi takdir menemukan semula Hilman dengan Intan! tu bukan lagi kebetulan,tapi takdir dan ketentuan yang sangat indah. Pertemuan semula mereka merubah banyak perkara termasuk la Intan Zulaikha terpaksa berdepan dengan Damien Yong yang sangat menguji kesabaran dan keteguhan hati seorang Intan. Siapa Damien Yong tu? Yang tu readers semua kena baca sendiri..kasi suspen cket!haha...

Actually bile bace nvl ni, aku rasa sangat tersentuh. Banyak hal yang aku tak tahu,aku tahu bila aku baca nvl ni. Mesej yang nak disampaikan tu memang sampai,meresap ke dalam habis. Mungkin jugak disebabkan oleh karakter Hilman Yong yang sangat kuat. Rasa sangat simpati terhadap Hilman yang merasakan diri nya keseorangan kerana hanya dia dalam keluarganya yang memeluk Islam. Dia hanya hidup bertemankan kasih sayang Allah dan cinta seorang Intan Zulaikha. Macam mana Hilman dapat bertahan ye? Rasanya ada la beberapa kali nak keluar air mata time baca nvl ni..(mmg kluar air mata pn sbenarnya...hehe..).mesti korang cakap aku jiwang kan??But it's not about jiwang..apa yang aku cuba nak bagi tahu kat sini,macam mana aku menghayati nvl ni,sampai ad beberapa ayat aku ulang baca balik. Aku jugak terfikir,macam mana writer nvl ni boleh tulis nvl yang tebal (1056 pages ok!),tanpa sedikit pun aku rasa bosan dan aku tak skip even satu helai page pun..semua aku baca. Well..tahniah untuk writernya... MELUR JELITA.

Time duk baca tu pun..ada jugak yang terkena atas batang hidung sendiri. Yang ni part Intan Zulaikha tu la...tapi ia nya bagos!Buatkan aku lebih banyak berfikir dan merenung diri aku sendiri. Dan aku terfikir wujud ke lelaki sebaik Hilman Yong kat dunia ni?Mungkin ada tapi susah nak jumpa. Tapi dalam kesempurnaan seorang Hilman, tentu saja terselit juga kekurangan itu kerana dia juga manusia biasa,tak lari daripada kesilapan..apa pun,aku tetap jatuh cinta dengan Hilman Yong ni! =)

Untuk AWAK SUKA SAYA TAK  ni,aku bagi penuh 5 bintang. Kalau ada 10 bintang pun aku boleh bagi...hehe..maksudnya best la tu kan? Aku boleh listkan sebagai nvl yang palinggggg aku suka dan palingggggg aku sayang! macam yang aku pernah listkan dalam entry yg lepas-lepas.Klik sini
  
So readers,apa tunggu lagi?Dapatkan novel ni dan cuba selami mesej nya betul2. I bet you won't regret it!Elemen islamik yang diterapkan dalam novel ni sedikit sebanyak dapat membuatkan kita sedar. Tapi writernye tidak meletakkan nvl ni sebagai nvl islamik,cuma elemen itu ada dan sesuai untuk kita baca. Sesuai jugak untuk semua gender..(i mean, man or woman..heee). Kalau nak tahu info laen pasal nvl ni, rajin kan diri visit website  ni http://karyaseni.my/ sebab aku pun just dapat info berkaitan novel ni dari situ. Boleh beli online!SELAMAT MEMBACA! =)


love it!




* mencari waktu yg sesuai seblom start bce novel seterusnya PABILA CINTA MEMANGGILKU.baru sampai semalam..haaaa...besttnya duk rumah layan novel.. =)






2 comments:

Ms.Hans said...

mac mencari novl ney...bpe rm?...mcm beh je nvl ney

MIRA said...

35rgt..beli kt popular.kt KT xtaw ad ke x.myb lmbt..nk mdh dpt bli online frm kryaseni.sng je dpt..leh dskaun lg..hehe..mmg best pn.brbaloi bli:-)

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review