"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Wednesday, 14 March 2012

KERANA AKU SEORANG KAWAN @ SAHABAT

Posted by MIRA at 10:28 0 comments
Kawan,sahabat,teman,rakan. Adakah membawa mksud yg sama? Jika difikirkan sepintas lalu, kita akan mengatakan bahawa maksudnya sama saja. Tapi bagi yg merenung dan berfikir sedalamnya,macam aku mungkin definisinya adalah berbeza. Cuma kali ni,aku nak tekankan tentang KAWAN dan SAHABAT..

Bagi aku kawan adalah orang yang kita berkenalan,bersembang di mana-mana tapi boleh jadi tidak rapat.Contoh dekat Facebook pun kita berkenalan dan akhirnya jadi kawan. Dari situ,ad yang betul2 berkawan,ad yg sekadar memenuhi friend list kita dan ada juga yg menjadi sangattt rapat yg akhirnya boleh mengubah status dari kawan kepada sahabat. Atau boleh jadi kawan itu adalah kawan sekelas,satu tempat kerja dan sebagainya.

Sahabat pulak bagi aku adalah  juga seorang kawan tapi hubungan kita dengannya sangat rapat dimana kita saling percaya,memahami,membantu di kala susah,sentiasa bersama di kala susah dan senang,saling menyayangi dan insan yang sangat penting selepas keluarga kita. Dengannya banyak dikongsi suka dan duka,luahan perasaan,gurau senda dan pendek kata segala kesukaan dan kebencian kita sahabat kita itu tahu. Kita bersahabat dengannya tanpa syarat. Setiap kekhilafannya...kita maafkan. Walau terluka,tapi kita tetap memaafkannya dengan alasan setiap orang melakukan kesilapan.

Hidup dikelilingi ramai kawan ada di antaranya menjadi sahabat aku. Maksudnya, sangat rapat. Dan aku sangat berterima kasih kepada kawan yg sudi menjadi sahabat aku. Kehadiran anda sangat bererti dalam hidup saya dan saya banyak belajar tentang hakikat kehidupan,memberi dan menerima dan juga memaafkan..

Dikelilingi kawan dan sahabat juga menjadikan aku sebagai pilihan mereka untuk meluahkan masalah,meminta pendapat walaupun aku tidak lah begitu berpengalaman,tempat untuk meminta pertolongan dan sebagainya. Pernah satu hari salah seorang kawan mengatakan aku seperti kaunter pertanyaan.Aku cuma tergelak kecil dan tersenyum. Walau macam mana pun aku rasa dan anggapan orang terhadap aku, tapi aku sikit pun tak kisah semua tu. Selagi aku bergelar seorang kawan,sahabat..aku rasa aku patut membantu selagi termampu.

Tapi diakui, dunia bersahabat atau berkawan pun ada cabarannya. Kadangkala bermasam muka,tidak puas hati,geram dan macam2 lagi.Bergaduh macam orang bercinta. Ingat orang bercinta aje ke bergaduh? Berkawan pun bergaduh taw...well,it's normal. Tapi dari situ lah kita belajar untuk lebih memahami diri masing2,memberi dan menerima dan berkomunikasi dengan cara yang betul.

Sebenarnya banyak kisah yg nak aku kongsi selama aku hidup berkawan dan bersahabat. Tapi rasanya lebih sesuai kalau aku continue dalam next entry disebabkan masa yang tak begitu mengizinkan. Cukup buat masa ini..make sure rajin2 kan diri tuk bace update dari aku (rse nye,aku plk kot yg x de mse nk brblogging nih!..heee ). Ok, aku cuba cari masa...

untuk itu,,,selamat malam,jaga diri =)




*kelewatan melanda.klas 8.30 sok pagi..go go mira!

Saturday, 3 March 2012

Pagi Yang Sepi...

Posted by MIRA at 11:33 0 comments
Nak tido x mengantok..
masih setia di hadapan laptop
klik situ,klik sini.
Badan rasa la penat jugak sebab
dah 2 hari berturut-turut pusing bandar melaka nih!
2 hari berturut-turut jugak pegi tgk wayang.
Smalam layan ADNAN SEMPIT.
Hari ni pulak CINTA KURA-KURA...
Komen aku??
CINTA KURA -KURA mmg terbaek!santai...
ADNAN SEMPIT?Hemmm..tak kena dgn taste aku kot..
Macam lari je dari motif cerite..x brape nak paham sangat.
Well..aku bukan la pengkritik filem,tapi itu pendapat aku aje.

Tido malam ni ditemani 2 org sahabat.
Yang laen masih enak bercuti di rumah kot..dan tersangat jeles di situ!
Sunyi lagi kt AYAM ni..oppss mgkin ada yg x paham.
AYAM stand for APARTMENT YAYASAN MELAKA.
Everything dh siap kemas. Sampai aku tido dengan lena nya smalam
kerana terlalu penat mengangkat dan mengemas barang..
Esok belom tahu lagi nak buat apa..
Termenung je kot kat bilik ni.Tak sanggup lagi nak keluar.
Kalau tak mesti duit aku melayang lagi...

Dalam kepala duk terfikir lagi.
Macam mana life aku semester ni??
Macam sem lepas ke?sedikit kacau bilau,
tapi masih lagi aku bersyukur kerana di berikan pengakhiran yang indah!
Semuanya kerana kasih sayang Allah...
Semua yang aku lalui semester lepas aku anggap sebagai pembuka mata,hati dan minda.
Dan aku juga menyedari tak selalu aku di atas.
Ada kalanya aku di bawah.
Semua yang berlaku jugak..every single thing.. aku anggap sebagai proses kehidupan yg normal.
Biarpun pahit, ada manisnya...
Tapi sesetengah yg manis itu ada juga melukakan.
Tanpa aku sedari...mungkin terlalu asyik.
Ya,aku manusia biasa. Punyai kelemahan itu pasti..
Aku juga bukan patung yg tidak berperasaan.
Dan kadang-kala rasa ingin di buang terus..biar lenyap.
Kalau di kenang sangat pasti terbit juga ayat2 yg menyalahkan diri sendiri.
Walhal itu adalah sebuah takdir.
Tapi aku pasti suatu saat aku tetap akan merindui semua itu.
Dan aku pasti akan tersenyum..That's life!

Dan sekarang aku sudahi luahan hati dan bersedia meng 'off ' kan laptop..




*pagi yg sunyi dan sepi...
 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review