"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Saturday, 3 March 2012

Pagi Yang Sepi...

Posted by MIRA at 11:33
Nak tido x mengantok..
masih setia di hadapan laptop
klik situ,klik sini.
Badan rasa la penat jugak sebab
dah 2 hari berturut-turut pusing bandar melaka nih!
2 hari berturut-turut jugak pegi tgk wayang.
Smalam layan ADNAN SEMPIT.
Hari ni pulak CINTA KURA-KURA...
Komen aku??
CINTA KURA -KURA mmg terbaek!santai...
ADNAN SEMPIT?Hemmm..tak kena dgn taste aku kot..
Macam lari je dari motif cerite..x brape nak paham sangat.
Well..aku bukan la pengkritik filem,tapi itu pendapat aku aje.

Tido malam ni ditemani 2 org sahabat.
Yang laen masih enak bercuti di rumah kot..dan tersangat jeles di situ!
Sunyi lagi kt AYAM ni..oppss mgkin ada yg x paham.
AYAM stand for APARTMENT YAYASAN MELAKA.
Everything dh siap kemas. Sampai aku tido dengan lena nya smalam
kerana terlalu penat mengangkat dan mengemas barang..
Esok belom tahu lagi nak buat apa..
Termenung je kot kat bilik ni.Tak sanggup lagi nak keluar.
Kalau tak mesti duit aku melayang lagi...

Dalam kepala duk terfikir lagi.
Macam mana life aku semester ni??
Macam sem lepas ke?sedikit kacau bilau,
tapi masih lagi aku bersyukur kerana di berikan pengakhiran yang indah!
Semuanya kerana kasih sayang Allah...
Semua yang aku lalui semester lepas aku anggap sebagai pembuka mata,hati dan minda.
Dan aku juga menyedari tak selalu aku di atas.
Ada kalanya aku di bawah.
Semua yang berlaku jugak..every single thing.. aku anggap sebagai proses kehidupan yg normal.
Biarpun pahit, ada manisnya...
Tapi sesetengah yg manis itu ada juga melukakan.
Tanpa aku sedari...mungkin terlalu asyik.
Ya,aku manusia biasa. Punyai kelemahan itu pasti..
Aku juga bukan patung yg tidak berperasaan.
Dan kadang-kala rasa ingin di buang terus..biar lenyap.
Kalau di kenang sangat pasti terbit juga ayat2 yg menyalahkan diri sendiri.
Walhal itu adalah sebuah takdir.
Tapi aku pasti suatu saat aku tetap akan merindui semua itu.
Dan aku pasti akan tersenyum..That's life!

Dan sekarang aku sudahi luahan hati dan bersedia meng 'off ' kan laptop..




*pagi yg sunyi dan sepi...

0 comments:

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review