"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Thursday, 22 September 2011

BERUBAHKAH AKU??

Posted by MIRA at 00:53
Ayat ini bermain dalam fikiran aku semenjak dua tiga menjak ini."berubahkah aku??".Namun sayangnya,aku tiada jawapan untuk itu. Aku banyak berfikir,apa yang telah aku pelajari sepanjang 'madrasah Ramadhan' lalu. Aku akui ada beberapa perkara yang aku cuba praktikkan.Dan besar sekali harapan aku agar apa yang aku pelajari sepanjang tempoh itu dapat aku aplikasi dan praktikkan dlam hidup aku.

Aku tertanya-tanya,apakah aku masih mengamalkan apa yang aku amalkan semasa ramadhan lalu. Dalam hati aku akui,tidak semua aku amalkan. Kenapa begitu?susah sangat ke nak istiqamah?Ya,istiqamah ke arah kebaikan itu kadang kala amat susah dilakukan. Buktinya,kalau ramadhan lalu aku berbuat perkara yang tak pernah aku amalkan,kenapa sekarang ini kadangkala buat,kadangkala tidak. Rasanya aku belum cukup istiqamah .Rasa malu pula padaNYA.Seolah-olah tidak ikhlas beribadat. Hanya tika ramadhan menjelma,perubahan yang baik dilakukan.Selepas itu...

Jauh di sudut hati aku,aku dapat merasakan sedikit perubahan itu. Walaupun tak banyak,tapi aku berharap yang sedikit itu lah akan cuba aku tambahkan. Tapi aku sedar,ia nya tidak lah seberapa. Cuma dalam hati kadang kala timbul rasa kesedaran dan rasa bersalah.Seringkali aku menyesal bila tidak dapat mengawal hati,lidah dan telinga. Sangat sukar rupanya mengawal semua itu.Yela...hati kadangkal timbul rasa riak,dengki. Lidah kadangkala bercakap perkara yang tak berfaedah dan paling teruk mungkin berunsurkan umpatan walau tanpa disedari,atau juga telah menyakitkan hati sesiapa.Dan telinga juga kadangkala mendengar hal-hal yang tak sepatutnya....

Semua perkara di atas ni seringkali membuatkan aku bersedih hati. Terasa seperti ramadhan lalu sebenarnya tidak memberi apa kesan pun pada diri aku.Oh..alangkah ruginya...mungkinkah aku tidak mendapat MALAM LAILATULQADAR itu?justeru,aku rasa marah pada diri sendiri. Rasa kecewa juga. Tapi aku sangat berharap aku dapat melakukan beberapa perubahan dalam hidup aku. Mungkin orang lain tak dapat lihat perubahan itu.Tapi bagi aku, biarlah..biar aku sendiri yang merasakan perubahan itu. Mungkin perasaan riak akan timbul jika ada yang menegur atau memuji perubahan kita. Jadi,biarlah hanya kita dan Allah S.W.T saja yang tahu. Dan aku berharap agar diri aku,keluargaku,sahabat-sahabatku diberikan hidayah dan petunjuk ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya pintu hidayah itu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang berusaha mencarinya...

      "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereke tidak mengubah nasib mereka sendiri"



                        *freetime sementara tunggu kls e-commerce mlm ni..hehe.. ^_^











0 comments:

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review