Hari ni memang terasa berat.Berat dalam hati,berat otak..semua ada lah. Entah kenapa,aku rasa makin hari aku makin hilang semangat. Semua rasa serba tak kena. Jadi,malam ni,aku kena jugak luahkan perasaan aku. Walaupun masa tak begitu mengizinkan,tapi aku kena jugak menulis malam ni.Kalau tak,aku tak boleh nak tidur.
Tengok tajuk entry kat atas tu pun aku rasa orang dapat meneka situasi aku.Semestinya sakit dalam jiwa...aku pun tak tahu macam mana nak cerita tapi apa yang aku tahu,aku kadangkala penat asyik menjaga perasaan orang lain tapi orang lain langsung tak cuba menjaga hati kita(hati aku).Mungkin itu yang membezakan aku dan mereka.Aku bukan nak meminta lebih-lebih,cuma cuba lah jaga sedikit perasaan aku. Sikit pun jadi lah.Aku akui,dulu aku tak mudah terasa,tapi sekarang aku sangat cepat terasa.Kenapa?Adakah kerana dulu aku cuba berlagak kuat?Entah..aku pun tak pasti.
But,it was true. Aku bukan jenis yang mudah terasa. Kalau terasa aku cepat-cepat fikir positif dan lupakan perasaan tu.Tapi sekarang,tak semudah itu aku boleh lakukan.Aku rasa aku dah tak begitu kuat. Bila-bila masa aje aku boleh lepaskan semua yang ada dalam hati aku. Tapi aku bukan begitu,aku tak nak memanjangkan cerita apatah lagi mencipta sengketa sebab itu BUKAN AKU.
Tapi PLEASE..".kepada yang berkenaan.Jangan fikirkan diri anda sahaja. Jangan lupa bahawa saya tetap manusia biasa,ada batas kesabarannya. Tidak ke anda fikir apa yang saya rasa,situasi saya. SUNGGUH...penat rasanya.Saya tidak meminta anda mengikut prinsip saya,tapi cukup lah sekadar memahami, menghormati dan give me your commitment! Jangan asyik memandang sinis pada orang lain. tahukah anda,pandangan sinis itu selalu menyakitkan saya.JUST STOP IT...kalau saya cuba menerima kekurangan anda,tapi kenapa anda tidak cuba menerima kekurangan saya?Saya sendiri tahu tiada manusia yang sempurna.Dan saya juga sedar bahawa saya tidak boleh memaksa anda menerima kekurangan saya.Jadi,adalah lebih baik jika kita muhasabah diri dan saling bertolak ansur kerana saya tidak pernah berniat memanjangkan cerita kerana itu BUKAN SAYA.."
Huuuu....sekarang aku rasa sedikit lega. Tambah-tambah bila dah solat,baca Quran.Rasa terubat sikit.Seriously!Tadi sebelum aku solat,aku rasa berserabut. Tapi Alhamdulillah..sekarang dh ok sikit.Even tak semua yang aku rasa aku tulis kat sini,tapi aku rasa it's enough. Selebihnya,biar aku sendiri yang simpan..kerana itu adalah aku...aku cuma memerlukan masa dan ruang untuk meleraikan segala kekusutan yang aku rasa.Tak perlu dipujuk keran itu juga BUKAN AKU.
Them!
-
-
-
Kata-kata yang Baik4 years ago
-
-
-
PENGUMUMAN5 years ago
-
-
RAMADHAN AND HEALTH TRIALS6 years ago
-
aku singgah6 years ago
-
Jadual makan ubat ketika berpuasa9 years ago
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots9 years ago
-
Graduasi11 years ago
-
Habbatus Sauda' merawat cancer13 years ago
-
-
Saturday, 24 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment