"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Tuesday 28 February 2012

DIA DATANG LAGI!!

Posted by MIRA at 18:37
 Assalamualaikum....Morning readers!

Apa yang datang lagi tuh?
Mood melenting aku datang lagiii...!
Ok.aku tahu kenapa.
Sebab esok aku bakal meninggalkan bumi penyu ini..isk..isk..
Seminggu ni mood aku memang x tentu.
Cepat aje melenting
Tak boleh silap sikit,mula la nak marah.
Ok..aku memang seorang yang defensive tapi sekarang
aku rasa aku dah makin positif (cett,,perasan!)
Dah boleh kawal emo tu..susah nya aku rasa
tp i keep trying and trying...

Berbalik pasal mood aku yang cepat melenting sekarang ni tu..
Aku perasan since aku sekolah menengah lagi.
Everytime aku nak balik ke asrama lepas cuti2 Malaysia kat rumah,
Aku cepat melenting..same la macam sekarang.
Dulu aku pelik jugak..yela,

Orang laen aku rasa.. time nak balik asrama mesti touching2 gittoo!
Tapi aku laen...bukan x touching tapi style aku touching tu laen kot..(agknye la)
Mood jadi tak stabil
Aku memang mengaku yang aku jenis yang susah nak express rase sedih.
Kalau boleh sorok,memang aku sorok.
Sebab tu la kot mood jadi camtu. Ye tak??

Kadang2 menyesal jugak kalau melenting tak tentu pasal.
Yela..bile dah melenting,tahu2 la kan..
Laju aje mulut nak marah orang,argue tu..argue ni.
Tapi tak ade la smpai mnyumpah2..keluar perkataan  pelik2..
No!no!no! that's not my style!
Tahu lagi la nak tapis dulu perkataan tu..heh!
Tapi aku memang tak suka marah2 tk tentu pasal.
Sebab bila aku dah marah, ayat aku...huishhh!!
Memang pedas. Susah nak control.
Aku memang pandai provoke orang dan aku jugak pantang diprovoke!
So,sebab tu aku tak suka nak marah2 orang ni...
Aku takot ayat aku tu bisa melukakan hati mereka..cewahhh!
Niat aku asalnya nak defend diri sendiri je..
Tapi kalau dah boleh bercakap,bukan senang nak control.
That's why aku cakap aku ni defensive!
Selalu nak menang...ok...fine..aku mengaku.
Itu kelemahan aku.
But now, aku dapat rasa la aku boleh control sume tu.
Effect belajar sbject Prsonal development kot..haha..

Sorry la pada sesape yang terkena dengan aku.
Especially family aku sendiri.
My siblings la biasanya..kalau lain kali k.ngah marah2 tak tentu pasal
sebelom nak balik kampus,sila la faham2.
Jangan di layan sangat..that's just a normal and temporary circumstances..
Tapi jangan tak tahu..
Aku kalau marah,cepat aje sejuk.
Tak ada nya nak membebel lama-lama,
Time tu je la marahnye..dah lepas semua,diam aje la lepas tu =D
Ada kala nya, aku boleh kawal marah..
Di akui,sangat la susah!Tapi aku cuba jugak..
Inhale...hold and then exhale...fuh..lega lepas tu.
Tak pun fikir something yang best2..tak jadi la nak marah.
Dan sebaik-baik cara adalah dengan istifar,berwuduk dan sebagainya...
Dan aku jugak cuba ingat hadis ni :

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Jadi,sekarang aku tak nak melenting tak tentu pasal lagi..
Esok kan dah nak balik Melaka..huh..lemah semangat kejap.
Sesungguhnya aku belom bersedia menghadapi semester baru,
Hati dan jiwa masih melekat kat rumah ni..
Tapi nak tak nak pun,
aku faham, aku tahu dan aku mengerti yang aku kena jugak balik sana
menyambung semula perjalanan aku mencari ilmu (tiba2 ayat sastera pulak)
Tak boleh tidak!
Dan aku akan cuba yang terbaek, yang penting istiqamah...
Dengan kasih sayang Allah,tiada yang mustahil!
Sangat terkesan ayat tu..
Lebih2 lagi bila aku sendiri dah melaluinya..it's a miracle..
Dan aku sangat menginsafi semua itu...






*belom packing apa2 pun. Jangan ada tertinggal barang sudah...heee...





0 comments:

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review