"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Wednesday, 1 August 2012

CORAT CORET RAMADHAN =)

Posted by MIRA at 01:54
Reactions: 

Assalamualaikum!

Hari ke 12 berpuasa,apa yang terlintas dalam fikiran korang?rasa amalan masih tak cukup?rasa still bersemangat?rse lemau2 cket?atau rse dh excited sangat nak raya??korang jawab sendiri...tapi kalu dah excited nak raya tu,rasanya tak brape patut lg kot..hehe..bekalan amal pun tak cukup tapi dah sibuk fikir raya.hemm..tapi terpulang.Itu hak masing2.

Well...tahun ni tahun kedua aku berpuasa penuh di rumah.Sebelum ni bulan puasa jatuh time aku still lagi kat kampus. Berpuasa, berbuka dengan teman-teman.It's quite fun! tapi time tu jugak rindu nak berbuka dengan family kat rumah. Bila sekarang sebulan berbuka dengan family,rindu pulak nak berbuka skali dengan member member semua.Yup!Rindu sangatt...Aku ingat lagi time berbuka ngan member2 time diploma dulu.Walaupun jauh dari keluarga, tapi kawan2 tu semua la ubatnya..hehe..

Ok!sebenarnye nak tulis pasal laen tadi,terlajak pulak =D

Back to the topic!I wanna ask you guys...apa peristiwa@perkara dalam hidup korang yang selalu korang ingat time bulan puasa ni? (lets share...) Sure!mesti adanya...tak kesah la manis,pahit,masam,masin..semua ada kan?Just like me!kalau bulan puasa aku mesti ingat :

1.Jelajah Bandar Kuala Terengganu- Yang ni aku selalu buat time sekolah dulu. Paling aku ingat masa form 2 kot..Tak tahu la macam mana aku dengan member2 kamceng boleh jalan kaki dari sekolah (smk sultan sulaiman) sampai beberapa kilometer semata-mata nak kejar bas pergi bandar KT tu.aku pun tak faham kenapa nekad sangat time tu. Bila dah sampai sana,jalan kaki je pusing bandar. Tak beli apa pun.Actually sekolah aku tu memang tengah bandar je pun tapi nak pergi betul2 pusat bandar tu pun kena naek bas. Seingat aku la..benda yang aku beli just kad raya. Time tu kan eksited lagi bab2 kad raya ni..hehe.Balik pulak dah nak masuk waktu berbuka. naek je bas yang ada. kadang-kadang prebet sapu tu pun aku naek. Asal boleh sampai kat hostel. Tak cukup dengan tu,panjat pulak pagar sekolah!Ya Allah...teruk nye time tu,haha,,budak baru nak naek,,macam tu la. Alih2 berbuka time tengah jalan..hemm,,kalau warden aku tengah bace entry ni.."mintak maaf cikgu...hehehe"

2. Main mercun- Disebabkan life aku kebanyakkannya aku spent kat asrama time sekolah, ofkos banyak memori bulan puasa ni tersimpan kat sana. Haa..bab main mercun ni.(awas:jangan tiru macam saya!). Pernah la main kat asrama..hehe.time orang nyenyak tido,aku and the geng duk sebok maen mercun!maen pulak dengan akak2 yang kerje dekat kitchen time tu.(istilah dewan makan yg digunakan oleh budak hostel smkss hehehe). Tapi aku rasa aku paling penakot. Aku memang takot mercun..kat rumah pun aku tak maen. tapi bila kat asrama,buat2 berani la konon..lagi satu aku takot dengan warden time tu. Mana boleh imej aku yang baek di mata warden tu tercalar..kikiki..tapi ok la. dia tak taw pun sape yang maen. Kiteorang maen lempar sembunyi tangan je..Buat2 tak tahu. Tapi lepas dah makin ramai yang maen time tu,aku and the geng tak maen lagi dah. Kena tangkap dengan warden tu masak la...hehe.

3. Terminum air- Yang ni terjadi time aku form 5.Mak aiiii...boleh pulak aku lupa time tu puasa.Dengan selambanya aku teguk mineral water yang biasa aku simpan bawah meja.hehe..langsung tak ingat!Tapi nasib baik  dua tiga orang yang duduk satu meja dengan aku je prasan then tegur aku. Meja aku time tu paling belakang dalam kelas.So,tak ramai yang perasan.kalau la kawan2 lelaki yang nampak mesti dia cakap "agak-agak la tak puasa pun.."Padahal aku terrrr...minum!Kat situ jugak aku tersedak bagai..hahaha..dah telan pun air tu,nak wt cmne?tak sengaja okk... =D

4. Ponteng terawih- Yang ni lagi satu. Time sekolah dulu..zaman muda belia..hehe..bukan rajin sangat terawih. Masa tu tak tahu la kenapa nakal sangat!sanggup menyorok dalam almari semata-mata tak nak warden tahu aku tak pergi terawih. Asal nye memang tak wajib pergi, Tapi lepas tu jatuh wajib pergi pulak. Time tu kesedaran tu tak brapa nak ada sangat,,tahu dah yang terawih tu dapat pahala kalau buat, tapi perasaan malas tu tak boleh nak lawan. Kira nya aku pergi ikut mood!time rajin pergi,time malas...dalam almari la jawabnye,,,Haiiii...kelakarnye dulu. Betapa jahilnya waktu tu. Tapi bila dah naik form 3 cmtu...kesedaran dah ada. Maklum la..form 3 kena turun kelas kot!patot la insaf pun..hehehe..

5. Jalan kaki rumah ke rumah- Yang ni memang wajib dulu. Tapi yang ni time malam raya!(ok..lari topik cket =D ).Dari aku kecik,memang ni la tradisinya. Pergi rumah jiran sambil bawak tanglung dengan bunga api. Syoknye time tu...(skarang dah besar,tak buat dah..hiii). lepas dah masuk sekolah menengah,acara bertukat cket. Pergi rumah jiran bukan sebab nak meaen mercun atau bunga api, tapi pergi duduk bersembang atas pangkin. Tak pun bawah pokok. Dari A sampai Z kiteorang bercerita.(bukan mengumpat taw....kikiki) Tengok je le adik2 maen..tak rasa sangat dah nak maen.

Tapi bila dah meningkat tua sekarang(opppsss..tua ker???) dah tak terasa sangat kemeriahan tu. Tapi kenangan tu tetap segar dalam ingatan. (cewahhh...berbahasa pulok...). Waktu tu mana ada kesedaran sangat. Ramadhan kurang dihayati. Berlalu macam tu aje..betapa ruginya. Tapi sekarang rasanya laen. Mungkin sebab proses kematangan tu sendiri, kita mula faham apa itu erti Ramadhan.

Apa pun, aku sangat merindui kenangan tu semua. Walaupun ada yang tak patut, tapi apa boleh buat. Waktu tu aku masih budak lagi. Perkara normal kot nakal sikit2...hehe..kalau tak, tak ada la kenangan time bulan puasa ni. Yang penting sekarang the future! mesti tahu bagaimana nak mencorakkan masa depan especially life dekat akhirat sana....

Kenangan tu semua,simpan je la dalam kotak memori.Buat ubat senyum bila memerlukan. Bila fikir2 balik,nakal jugak aku time sekolah dulu. Ala..nakal2 manja je pun..haha. Tapi aku pun tak paham kenapa orang sekeliling aku still nampak aku budak baek a.k.a. budak skema..heheh. Padahal tak de la skema sangat (kotttt...).Orang je yang tak tahu.. =D. Tak pe la...terima kasih sebab cakap saya budak baek!hihihi..


*kawan2...ble la nk bbukak skali kn?keadaan pun dah tak sama.yg dh kawen bukan senang nk kuar,ada tanggungjawab lagi penting. Make sure raya kite jumpe k! =)


0 comments:

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review