"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Thursday, 9 August 2012

Hati Yang Rapuh

Posted by MIRA at 10:52
 Assalamulaikum...

Entry ke 2 untuk hari ni. Tak terfikir pun nak tulis 2 entryhari ni.tapi hati bagai ditarik-tarik untuk menulis. Mungkin entry ni agak puitis.Almaklum la..malam dah semakin tua..suasana pun dah sunyi.Sebenarnya hati dah berkira kira nak tidur tapi tetap juga sebahagian lagi menyuruh aku menaip entry ni.

Malam tadi sebelum solat terawih aku terpandang adik perempuan aku. Seperti dirinya sedang dilanda masalah. Sekali pandang aku dapat meneka masalahnya.Masalah hati.Entah betul,entah tidak...aku hanya mengagak.Tidak mustahil.Perasaan bukan terbatas mengikut umur.

Aku mahu cuba bertanya tapi masa waktu itu tidak begitu sesuai.aku pun kelam kabut hendak pergi berterawih. Belum sempat aku bertanya, abah terlebih dulu bersuara.Tapi pada pendapat aku,abah cuma menyangka bahawa adik aku itu kepenatan pulang dari sekolah menaiki bas.Apatah lagi dibulan puasa ni.

Tapi aku tidakberpuas hati. Aku tahu,bukan masalah penat. Aku cuma mampu bertanya padanya."kenapa?" tapi tidak mendapat balasan.Melihat dia seperti bersedih hati,muram,termenung,penat aku jadi pelik.ditambah aku terbaca status nya di facebook menguatkan lagi sangkaan aku.

Dalam perjalanan ke masjid,aku tiba2 teringatkan adik aku itu. Tiba-tiba air mata aku bergenang!aku bertanya sendiri.Seperti itu kah aku satu ketika dulu?mengingatkan itu,hati dibalut duka.Ah!betapa rapuhnya hati aku. Aku sedar, disebalik kekuatan,aku tetap seorang perempuan yang kadangkala rapuh hatinya. Aku bertanya lagi.Seperti itu kah orang disekeliling aku melihat aku satu saat dulu. Tapi rasanya tidak!aku keseorangan melaluinya.

Buat my little sis, if you read this..listen to my words.Your journey is still far away.Don't let stuff like that ruin everything. Hati kamu memang hak kamu,tapi berpada-pada lah. Orang yang lebih matang dari kamu pun belum tentu mampu mengawal hal-hal sebegini.Nasihat ini juga buat diri sendiri dan sesiapa yang membaca.

Ingat kata kata ini.'Manusia boleh hidup tanpa cinta daripada manusia,tapi manusia tidak dapat hidup tanpa cinta daripada Allah!'.Cinta manusia itu sendiri datangnya daripada cinta dari Allah. Allah menganugerahkan kepada kita seseorang yang berhak dan layak untuk mencintai  kita kerana Allah sayangkan kita.Jadi,itu bermakna cinta itu datangnya dari Allah. Jika tidak, mana mungkin kita dikelilingi oleh insan-insan yang menyayangi dan mencintai kita seperti ibu bapa,adik beradik dan sesiapa saja.

Mungkin andaian aku tentang adik perempuan aku itu tidak benar.Sepertinya dia tidak sihat.Jadi mungkin telahan aku salah!Tak mengapa lah.Sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi sesuatu di sini.

Wallahualam...






*semoga tak terlambat bangun sahur.. =)

0 comments:

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review