"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Saturday, 26 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH...

Posted by MIRA at 12:51 0 comments
Salam Maal Hijrah buat semua umat islam..
terasa sekejap aje masa berlalu. Sekarang kita dah pun masuk tahun baru dalam kalendar islam. Masa ni la sebenarnya masa yang sesuai untuk kita memperbaharui azam kita..

Segala kekhilafan,kita betulkan. Segala kekurangan kita cuba perbaiki supaya menjadi lebih sempurna dan yang paling penting segala amalan baik,kita berusaha tingkatkan...

Kalau sebelum ni banyak perkara yang tak betul kita lakukan, cuba lah untuk memperbetulkannya. Tiap-tiap hari aku cuba muhasabah diri dan mencari di mana kelemahan aku. Bila dah jumpa dengan titik kelemahan tu,aku tahu aku mesti perbaikinya. Sebenarnya terlalu banyak kelemahan.

Tapi berdiam diri bukanlah penyelesaiannya. Tanpa usaha, kelemahan itu tidak akan dapat di atasi. Memang tiada yang sempurna di dunia ini melainkan NYA, tapi berusaha mencari kesempurnaan itu tidak salah.

Waktu ini,saat ini,detik ini...yes...aku sendirian menghadap laptop dan assigment yang boleh tahan banyak nya. Normal..student life! masih lagi berkira-kira yang mana harus aku dahulukan. Alhamdulillah..sebahagiannya hampir siap. Hanya sebahagian, bukan separuh..lain tu. Banyak bahagian lagi yang tak siap. Tapi aku kan cuba gunakan masa yang ada ni sebaiknya.

Dalam kepala masih ada lagi sisa-sisa test finance yang aku jawab semalam.Terasa agak ralat. I feel like i do not perform well..makin di fikir,makin pressure jadinya. Kalau tak nak fikir pun ia tetap jugak datang. Of course! betapa aku menghabiskan banyak masa di libry. Rasa macam dah nak final pun ada..itu lah penangan test finance semalam! at the end, aku rasa macam tak boleh buat pulak. Kalau masa tu dapat diundurkan balik, aku la orang pertama yang nak jawab test tu. Betapa kesilapan yang kecil tu mengakibatkan kehilangan yang besar..hurmm..tak tau la nak kata apa lagi. Just wait for the result! Harapnya, still lg pada tahap yang boleh dibanggakan.

Ok! habis pasal test finance.Sekarang aku nak cakap pasal azam pulak. Semestinya aku nak jadi hamba ALLAH yang lagi baik dari semalam, anak yang solehah, wanita yang bermaruah, berprinsip teguh, bisa membantu sesiapa yang memerlukan selagi termampu, dan satu lagi, harapnya aku mampu mengecap pencapaian yang membanggakan dalam final exam nanti! 

To be honest, i'm quit worried..really2. Rasa sangat tough sem ni. Memang memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Aku tak tahu macam mana nak describe tahap kerisauan ni, tapi one thing yang aku tahu. Aku mesti kuat. By hook or by crook! YA ALLAH... permudahkanlah segalanya bagiku..

It's the time to lie on bed and sleep...banyak lagi hal yang nak di settlekan besok. Very hope that everything will be fine and smooth..yes,that's it! :)





*dah dekat 5 pagi..dahsyat mata aku ni.. :) tak ngantok2 lagi!









Tuesday, 8 November 2011

WhAT tO Do??

Posted by MIRA at 05:22 0 comments
Oh my God! what to do?? baru aje ingat nak start prepare slide for subject finance
Lagi 2 minggu kot aku nak present. Memang macam lama lagi..macam ok..tapi 
kejap je tu sebenarnye. Aku malas nak tangguh sebab lepas cuti ni banyak lagi
test + final project. Tapi malangnya, aku punya part tuk present tu tak ada pulak
dalam text book and manual  : (

Hemm..nampaknya terpaksalah aku postpone dulu. Better aku buat kerja lain dulu la.
Tapi ofkos nextweek i'll be very busy pergi library cari buku finance. Kalau just google
je,belum tentu betul atau tak. Kalu tak,mau nye kena hentam..hehe..it's ok..chill!


Bercakap pasal busy ni,actually aku pun bakal busy jugak hari sabtu ni. My old friends
time sekolah menengah dulu (Smk Sultan Sulaiman) will get married! Congrats to both of you..
Tak sangka korang yang akan kahwin dulu kan?Rasa macam baru lagi kita kenal,jadi kawan,
buat kerja gila sama-sama..haha..kelakarnya kalau ingat time sekolah. Nakal habes! Aku
 ingat lagi bila korangcakap aku kot yang kawin dulu sebab at that time aku je single..haha..
ada sesetengah orang cakap,yang nampak diam tu dulu la biasanya kahwin awal.






pic time form5..rndu nye zmn dlu2.tp knp cm x ckp je korum je..










majlis graduasi..







Tapi inilah percaturan takdir!Siapa sangka finally, korang berdua dulu yang naik pelamin antara
kita semua. Pertemuan,jodoh,ajal dan maut tu kan di tangan Tuhan. So,ini lah antara buktinya.
Yang paling tak sangka, dua2 kawan aku nieh kahwin tarikh yang sama! Pening la aku nak kena 
pergi yang mana satu dulu..hihi..btw, thanx atas undangan korang berdua.


Aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan jadi lah seorang
isteri yang solehah..dan doakan yang terbaik jugak untuk aku (sempat lagi tulis kat sini :)  ). InsyaAllah..
aku pergi majlis korang kalau tak ada aral melintang. Semoga dipermudahkan olehNYA..yela, lepas
ni bukan senang nak jumpa,hang out sama-sama kan..


Then, sehari lepas tu,aku bakal pulang semula ke UiTM KBM yang terchenta!hehehe,,tak boleh cuti
lama-lama. Nanti makin malas pulak jadinya. Redha aje la cuti kali ni aku tak dapat lepak lama-lama
depan TV. Padahal aku ni hantu TV kot...hehe..tak pe..bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang
kemudian..(tiba2 keluar pepatah plk). Ok la, i'll write later. It's enough at this moment! Salam... :)



Just want to share this nice WHITE ROSE pics..my sis dapat as a gift for her birhday today! how lucky..
white rose kot....jelesss!!







* happy bfday sis!semoga dipnjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan olehNYA..


Monday, 7 November 2011

PeNDaM...

Posted by MIRA at 05:51 0 comments
Salam...kali ni aku tak sempat nak post entry panjang2. 
'Busy' sangat raya ni..hehe..ouh..btw, aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua kawan2 
dan jugak family. Actually aku belom dapat  idea entry  
apa aku nk post kat sini. Tapi disebabkan sorang kawan
 aku yang rajin bertanya,aku post jugak la. Tapi sorry..kalau
 entry ni tak menarik(mmg tak pun..hihi ).

Ok,kali ni aku nak share lagu terbaru daripada SHAHIR AF8.
Aku bukan nak bercakap pasal Shahir,tapi just nak share lagu
 baru dia yang aku rasa best sangat! First time dengar lastweek,
aku terus jatuh cinta dengan lagu ni. Lirik dan melodi yang sangat
 touching gittoo..hehe..tapi mesti korang cakap aku jiwang karat kan??
tak kesah la apa yang korang nak kata.Yang penting aku suka lagu ni.
Jom layan  lagu PENDAM ni...    :)




Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya



Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati


Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati


Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta





*sekali sekala jiwang karat kn..hihi..buku tak bukak lg. Bila la aku nak jd rajin ni..huu..





 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review