"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Saturday, 26 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH...

Posted by MIRA at 12:51
Reactions: 
Salam Maal Hijrah buat semua umat islam..
terasa sekejap aje masa berlalu. Sekarang kita dah pun masuk tahun baru dalam kalendar islam. Masa ni la sebenarnya masa yang sesuai untuk kita memperbaharui azam kita..

Segala kekhilafan,kita betulkan. Segala kekurangan kita cuba perbaiki supaya menjadi lebih sempurna dan yang paling penting segala amalan baik,kita berusaha tingkatkan...

Kalau sebelum ni banyak perkara yang tak betul kita lakukan, cuba lah untuk memperbetulkannya. Tiap-tiap hari aku cuba muhasabah diri dan mencari di mana kelemahan aku. Bila dah jumpa dengan titik kelemahan tu,aku tahu aku mesti perbaikinya. Sebenarnya terlalu banyak kelemahan.

Tapi berdiam diri bukanlah penyelesaiannya. Tanpa usaha, kelemahan itu tidak akan dapat di atasi. Memang tiada yang sempurna di dunia ini melainkan NYA, tapi berusaha mencari kesempurnaan itu tidak salah.

Waktu ini,saat ini,detik ini...yes...aku sendirian menghadap laptop dan assigment yang boleh tahan banyak nya. Normal..student life! masih lagi berkira-kira yang mana harus aku dahulukan. Alhamdulillah..sebahagiannya hampir siap. Hanya sebahagian, bukan separuh..lain tu. Banyak bahagian lagi yang tak siap. Tapi aku kan cuba gunakan masa yang ada ni sebaiknya.

Dalam kepala masih ada lagi sisa-sisa test finance yang aku jawab semalam.Terasa agak ralat. I feel like i do not perform well..makin di fikir,makin pressure jadinya. Kalau tak nak fikir pun ia tetap jugak datang. Of course! betapa aku menghabiskan banyak masa di libry. Rasa macam dah nak final pun ada..itu lah penangan test finance semalam! at the end, aku rasa macam tak boleh buat pulak. Kalau masa tu dapat diundurkan balik, aku la orang pertama yang nak jawab test tu. Betapa kesilapan yang kecil tu mengakibatkan kehilangan yang besar..hurmm..tak tau la nak kata apa lagi. Just wait for the result! Harapnya, still lg pada tahap yang boleh dibanggakan.

Ok! habis pasal test finance.Sekarang aku nak cakap pasal azam pulak. Semestinya aku nak jadi hamba ALLAH yang lagi baik dari semalam, anak yang solehah, wanita yang bermaruah, berprinsip teguh, bisa membantu sesiapa yang memerlukan selagi termampu, dan satu lagi, harapnya aku mampu mengecap pencapaian yang membanggakan dalam final exam nanti! 

To be honest, i'm quit worried..really2. Rasa sangat tough sem ni. Memang memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Aku tak tahu macam mana nak describe tahap kerisauan ni, tapi one thing yang aku tahu. Aku mesti kuat. By hook or by crook! YA ALLAH... permudahkanlah segalanya bagiku..

It's the time to lie on bed and sleep...banyak lagi hal yang nak di settlekan besok. Very hope that everything will be fine and smooth..yes,that's it! :)





*dah dekat 5 pagi..dahsyat mata aku ni.. :) tak ngantok2 lagi!









0 comments:

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review