Setelah beberapa bulan..eh kalo tak silap 2 bulan kot,baru aku berkesempatan post commercial di mana aku dan group members aku menjadi watak utama. Selepas berbincang akhirnya we decided to choose BATA sebagai subjek untuk kteorang punye iklan ni...
Banyak jugak idea yang datang tapi idea iklan ni spontan datang dalam fikiran aku dan rupanya group members aku yang laen pun terfikir idea yang lebih kurang same je. Lama jugak discuss. Lepas puas berdebat itu ini, itu ini..finally kiteorang telah menggabungkan semua idea yang terlintas dalam fikiran kiteorang. dan akhirnya terhasil juga iklan ni.
Jom layan..... =)
haaa....amacam?(kritikan membina dialu alukan..hehe)
Iklan ni merupakan satu projek yang wajib bagi semua student yang mengambil subjek Marketing Communication (MARCOM).Untuk iklan ni kami telah memilih Kampung Durian Daun Dalam as a main location.Rumah dalam iklan ni sebenarnya dekat dengan rumah sewa aku masa part 2.Depan pagar aje...dulu selalu jugak jenguk2 rumah ni sebab tertarik dengan senibinanya yang menekankan ciri2 rumah melayu melaka. Sedap je mata memandang..
Selain rumah ni, kiteorang jugak shoot dekat Tecso Bandar Melaka. Depan kedai kasut Bata je pun,tak masuk dalam okkey...haha..teringat macam mana susahnya nak shoot kat situ sebab ramai orang lalu lalang pastu wat muka pelik. Siap berenti lagi nak tengok retis mana la duk blakon ni.Sian Rina...Naseb baek wat tak taw je..haha..
Dalam ramai2 ni la, aku rasa aku la yang paling tak reti blakon.Makk aiii...kaku macam kayu!Awal awal aku dah surrender sbenanya sebab aku memang fail bab2 blakon bagai ni,,heee...
Baju sekolah yang aku pakai tu actually baju time aku form 4!see..a..pndai tak aku jaga badan?muat lagi. (padahal mmg aku tak besar2 dah pun..kuikui...). Baju tu aku pkai 2 kali je kot sebab aku tak suke!rasa skema. Baju pengawas pusat sumber la katakan...tapi aku bukan librarian(btol ke eja cmni??).Aku pengawas galery sekolah time tu.Seronok!
okkeyy...melalut!
Lepas bertungkus lumus berlakon,pastu kena komen lagi dengan lecturer,cut cket iklan tu,edit2...akhirnya kami berpuas hati dengan hasilnya!Lecturer pun bagi feedback yang agak memberangsangkan...Alhamdulillah...
Terima kasih untuk semua yang terlibat especially tukang edit (farid) dan jugak pelakon extra (firdaus).Jangan marah nama anda saya mentioned kat sini..heee...tanpa bantuan korang,susah jugak tu nak siapkan iklan ni.TYVM!
Ni aku aku letakkan trivia untuk iklan ni :
-watak budak sekolah yang innocent tu pada asalnya diberikan pada aku,tapi atas sebab aku tak pandai blakon jadi innocent,watak aku ditukar kepada budak sekolah yang laser lagi gediks tu!haha
-untuk pilih watak masing2,kiteorang buat undian!pakai kertas lagi tu..biar adil!lepas undi akhirnya dapat la watak masing2.Secara kebetulan watak tu memang kena dengan diri masing. Maksud aku, sesuai dengan umur dan riak wajah.. ~aku tak gedik mcm dlm iklan tu kot..hehe..
-watak Peah si jiran yang laser tu memang sesuai dgn empunya diri sebab dlm kelas kami panggil dia peah gossip,padahal nama bukan maen best lagi..(laila okk..)
-time blakon ni actually kak.nod yang memegang watak sbg mak,kurang sihat.Tapi disebabkan komitmen,dia buat jugak yg terbaek.sbb tu muka pucat je kalo korang prasan la...
-mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk disiapkan.i mean..shooting.
-terserempak dengan orang kurang siuman time shooting ni..kecut perut jadinya...haha
-rina si budak sekolah yang baek tu mulanya tak setuju dgn watak tu,tapi nak wt cmne..lepas undi 2 3 kalitetap dia yg dapat watak tu...(alah...x pe la.Rina mmg gud actress..hehe)
-iklan yg ak post kat sini merupakan iklan yg asal.tapi yg di submit pada lecturer dah pun di potong sebahagian drp nya sbb trlampau panjang.tapi still tak menjejaskan jalan cerita.ending song jugak dah ditukar kepada lagu sudirman.so,lebih touching le kot...kuikui..malangnya i lost the copy sbb tak save dlm pendrive.kbetulan laptop ku rosak and everyting is gone!
-rina si watak utama sebenarnya x leh drive.trick je tu..~jgn marah kite taw rina..hehe..
-plastik bata tu di buat sendirian berhad oleh laila
-iklan yg ak post kat sini merupakan iklan yg asal.tapi yg di submit pada lecturer dah pun di potong sebahagian drp nya sbb trlampau panjang.tapi still tak menjejaskan jalan cerita.ending song jugak dah ditukar kepada lagu sudirman.so,lebih touching le kot...kuikui..malangnya i lost the copy sbb tak save dlm pendrive.kbetulan laptop ku rosak and everyting is gone!
-rina si watak utama sebenarnya x leh drive.trick je tu..~jgn marah kite taw rina..hehe..
-plastik bata tu di buat sendirian berhad oleh laila
Lenkali kalau dapat peluang lagi tak tahu la nak wat iklan lagi ke tak?hasilnya mmg menyeronokkan tapi proses dia...fuhhh..agak memenatkan.Yang ada bakat tu apa salahnye kan?kan? =)
*org sibuk nak bukak pose,aku sibuk update blog...haaaaiiii...
2 comments:
KOMEN:
1. Iklan korang memang best sangat..LOOK professional
2. Plastik tak boleh bla ! HAHA
3. Even though cik ros putih jadi gangster, kecomelan tu masih terserlah.. ekekeke
hamboii..kipas ke ap ni?haha
x kesah la kipas ke,aircond ke..maceh! =D
Post a Comment