"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Tuesday, 2 August 2011

~Malam Lailatulqadar~

Posted by MIRA at 00:46
Kalau sebut malam lailatulqadar rasanya semuat umat islam pun taw kn??kalau x tahu, harap nye cuba2 lah ambik tahu sebab malam lailatulqadar ni bukannya selalu.Senang cakap,it's once in a year! Pada malam ni, barang siapa yang beribadat  kepada Allah dengan ikhlas dan kerana Nya, akan dikurniakan pahala yang berlipat ganda. So, amat lah rugik jika kita x manfaatkan sebaiknya. Tapi yang menjadi persoalan,bila??bilakah malam lailatulqadar?Kita memang x taw tarikh tepat malam istimewa ni tapi Nabi Muhammad S.A.W. telah memberitahu kita beberapa isyarat atau tanda2 malam lailatuqadar....nak tahu??jom tengok kat bawah ni..


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqada

Base on artikel ni,aku dapat simpulkan bahawa tak kira la bila malam lailatulqadar itu. Yang penting kita istiqamah dalam melakukan ibadat supaya kita x terlepas malam yang amat2 istimewa ini. Ada hikmahnya kita tak tahu bila tiba nya  malam ini.Contohnya, kalau kita tahu bila tibanya malam lailatulqadar,mesti ada di antara kita yang hanya menumpukan ibadah pada malam tu aje. Sedikit sebanyak aku rasa nampak macam kita x ikhlas dan sambil lewa. 

Jadi aku harap kita istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Nya. Bukan aje dalam bulan Ramadhan ni,tapi jugak pada bulan2 dan hari2 yang laen...aminn...



                  *terawih smalam rasa x khusyuk sbb asyk ngantok aje mata  nih...haishh..hopefully,mlm ni  ok :)

2 comments:

Unknown said...

nice article(^^)
thanks for remind bout lailatul qadar,,
this will help us to be more prepare,,

MIRA said...

:)

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review