"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Sunday, 19 February 2012

MOOD: GiTAr Oh PiANo ~

Posted by MIRA at 02:55
Hemmm...2,3 hari ni asyik tpikir gitar je... tak gitar pun piano. x de keje ke???

seriusly!Rasa sangat2 nak maen gitar,tapi aku x reti. Basic pun xde. Tapi  sekarang ni aku duk berkira-kira

nak beli gitar. Haaa!kelakar la mira oii! Lawak pe la yang kau buat ni? Xreti maen, tp sebok nak beli gitar! =(

Actually dah lama aku berminat nak maen gitar. Since sekolah rendah.  Tapi x de peluang. Satu lagi, aku  konpius sebab ada yang cakap HARAM hukumnya maen gitar..So, aku pun search la beberapa info pasal alat muzik ni especially gitar dan piano sebab aku pun suka piano..hehe...berdasarkan apa yang aku baca terdapat beberapa pendapat tentang hukum maen gitar ni:

Tidak terdapat sebarang dalil sama da daripada al-Quran ataupun hadis yang melarang seseorang itu untuk bermain gitar dan piano. hal ini menyebabkan para ulama' Islam berbeza pendapat mengenai hukum bermain gitar. Secara ringkasnya, berikut dijelaskan mengenai pandangan para ulama' Islam mengenai hukum bermain gitar.

1. Hukumnya haram sama ada melalaikan ataupun tidak
2. Harus bermain gitar kerana ia tidak memberi sebarang kemudaratan baik kepada individu yang bermain mahupun kepada mereka yang mendengarnya.
3.Harus bermain gitar, tetapi dengan syarat:

i. Untuk hiburan sendiri sahaja. 

ii. Semasa bermain, tidak bercampur dengan perkara-perkara maksiat perempuan, dadah dan sebagainya. 

iii. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan. 
iv. Tidak menyebabkan leka dan lalai kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain. 

Pendapat yang terakhir ini boleh diambil.

So, ini la info yang aku dapat..beberapa artikel laen yang aku baca jugak berpendapat sedemikian. Lega cket rasenye. Tapi aku kena fikir lagi sama ada nak beli ke tak sebab pertama, aku tak reti maen. Sentuh pun beberapa kali aje.First time aku try petik gitar time aku Form2. Tu pun gitar kawan..hehe..excited kot. Biasa la,time form 2 aku extreme cket. Bebeza kot dengan sekarang, ayu gittoo..haha,,ayu ??tak de la ayu.Tapi laen cket la dari dulu.. =). Hisy..kalau  kawan2 aku bace ni mesti kene gelak sebab ada perkataan AYU kat situ.Tak pernah2 orang cakap aku ayu..hihihi...lepas dari tu, aku tak pernah dah pegang gitar sampai la last sem time makan2 dengan classmates. Tu pun malu2 nak pegang sebab x reti..haha..lawak sungguh aku rasa!

Ok, second thing yang aku kena consider...bajet! x cukup bajet x boleh beli. Tapi kalau tak silap aku, gitar kapok tu tak de la mahal mana.. pulak tu untuk beginner ni,kena pandai2 la cari yang murah cket. Around RM70-RM100 ok la...hemm..i'll think back!

Bukan apa, sometimes boring jugak nyanyi je..nak jugak try something new orang kata..lebih2 lagi minat tu dah ada. Nak maen piano lagi la susah. Mana nak cari?Mahal kot..Keyboard tu pernah la tekan2 cket..hehe..tu pun seingat aku tau maen lagu Hepy bfday je..kawan yang ajar. Tapi aku langsung dah tak ingat =).

So.....BELI?TAK BELI????????






* i love it,when you play that guitar for me =)






1 comments:

MIRA said...

jawapannya...beli!! =p

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review