"LOVE is like a cup of coffee..sometimes its bitter but we still love it!"

Thursday, 2 February 2012

THE THINGS THAT I WANT...

Posted by MIRA at 03:22
Salam readers!
wat pe petang2 cmni?bosan??jom pergi pantai ambik angin. Tak pun turun je kat laman rumah tu pusing2..hehe..kalau tak jadi jugak..jom la layan entry ni. Last resort..haha..

Ok,pernah tak korang terfikir bila korang akan dapat benda yang korang idamkan? I'm sure all people have the things that they really want..so badly..hemm..same goes to me! Sebenarnya banyak benda yang kita nak dalam hidup ni. tak kira la kecik atau pun besar. Tapi tak semua yang kita nak tu kita kan dapat..ye tak?

Aku?Ada beberapa benda atau pun perkara yang aku nak dan teringin nak capai. Kalau boleh sebelum aku kawen..hehe..ameen..bajet kawen umur 25. Kalau lagi cepat atau lambat dari tu...siapa aku untuk menghalangnya..right? Ok, back to the point! Apa benda yang aku nak sangat tu??Jom baca kat bawah ni :

1. GRAD DGN ANC- Ni dah memang jadi impian aku sejak dulu lagi. Sebelum aku jejak kaki ke universiti lagi. Biasanya aku dengar citer pasal ANC(ANUGERAH NAIB CANSELLOR) ni daripada kakak aku. Time tu aku still skolah menengah. Pulak tu pernah pergi istiadat konvokesyen. Dari situ, aku memasang impian nk dapatkan gelaran tu. Kenapa??Sebab aku rasa anugerah tu adalah something yang dapat menggembirakan hati abah dan mama aku. Aku anggap ia sebagai hadiah untuk mereka. Parents mana yang tak suka kan kalau anak diaorang dapat anugerah tu. Tapi bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Satu lagi sebab aku rasa anugerah tu dapat buat aku rasa puas hati lepas bermati-matian belajar. Kira macam personal achievement la..dan mungkin juga sebagai satu platform untuk dapatkan pekerjaan yang bagus atau selesa..

2. MENUNAIKAN UMRAH- Yang ni kalau boleh aku nak laksanakan sebelum aku kawen. Kalau ada rezeki tunaikan haji terus..Alhamdulillah..lagi bagos kan..tapi at least, buat umrah dulu dah cukup bagi aku. Nanti lepas kawen pergi dengan husband la pulak..hehe..pergi satu famili lagi la bagos! Pernah tahun lepas berhasrat nak pergi sekali dgn my mom tapi tak boleh sebab bukan time semester break. Tak ada rezeki la tu. Mungkin belum masanya lagi,belum dapat panggilan. Tapi InsyaAllah aku cuba jugak capai impian ni. Simpan duit dulu bagi cukup and then tunggu waktu sesuai.



3. TRAVEL KE KOREA- Haaa..yang ni pun aku nak jugak. Sekarang ni pun aku dengar ramai orang tengah kumpul duit nak pergi sana. Aku pun tak terkecuali..bila nak cukup duit tu Wallahualam... tapi aku rasa kalau dah ada duit tu, better aku guna untuk buat umrah dulu kan..untuk waktu terdekat ni la. Rasa rugi pulak ada duit tapi tak pergi ke rumah ALLAH dulu. So, yang ni after pergi Mekkah ok! Kalau orang nak sponsor tu laen la kan..hehehe..Tak pun tunggu je la time honeymon pergi sana. Kalau cakap bab travel ni, kompem takkan habes sbb byak sgt tempat yang aku nak pergi. contoh...London,Paris, Venice, Dubai..bla..bla..bla..


night at Han River..

4. SUPERBIKE- Pelik ke??Jangan tak taw..aku memang minat gila dengan superbike! Semua adik beradik aku pun suka apa..even semua perempuan  dan sorang je lelaki.Aku ingt lagi time kecik2 dulu, kalau nampak je superbike kat tengah ke,tepi jalan ke...kompem ternganga, tak berkelip mata tengok. Dengan orang yang bawak superbike tu sekali aku ngan adk bradik aku tgk. Tapi bukan nampak pun muka nya kan..terlindung dgn helmet tu..hhaha..tapi aku taw la kat sini. Memang impossible untuk aku beli dan bawak Superbike! Bab Bawak tu mmg tak mungkin..Sape yang kenal aku mesti tahu sebabnya kan.. = ). At least duk kat belakang pun jadi la..best kn?orang bawak kita naek superbike..pusing2. Tapi sape yang bawak superbike tu bersyarat jugak la. Takkan nak maen naek je kn..dalam banyak2 benda yang aku nak,yang ni je aku rasa susah nak dapat kot...so, x yah la citer lagi.

Ducati superbike!

5. MENULIS SEBUAH NOVEL CINTA- Yang ni macam cerita ADAMAYA plak kn?? But it's true! Actually aku dah start menulis time diploma dulu. Yang tak bestnye..tak jugak siap2. Betapa susahnya aku nak dapatkan idea,nak cari mood lagi. kalau time malas tu,toksah cakap la. Memang tak jadi.  Cerita dah ada, tapi nak olah bagi panjang tu yang susah. Selalunya time aku dah dapat idea, masa pulak tak mengizinkan..tak pun lapop tak bersamaku waktu tu. Dan yang paling teruk, malas nak menaip. Kan senang kalau ada alat yang boleh tolong taipkan, kita just generate je idea dan ayat tu...hehe..Kalau macam ni gayanya,,alamat tak siap la novel tu. Tapi InsyaAllah aku akan realisasikan jugak impian ni. Bila?hanya Allah yang tahu..

6. MENUBUHKAN YAYASAN KEBAJIKAN- Tak salah rasanya kita ingat insan yang kurang bernasib baek. Walaupun aku tahu tak mudah nak tubuhkan yayasn kebajikan ni, tapi tak mustahilkan? Who knows? Untuk peringkat awal ni, aku teringin pergi rumah anak2 yatim, rumah org2 tua dan rumah yang menempatkan insan yg kurang bernasib baek. Hari tu ada peluang pergi rumah anak2 yatim tapi waktu tak mengizinkan..so, terpaksa postpone dulu niat tu. InsyaAllah ada peluang aku nak pergi.. Untuk impian ni mungkin susah nak capai dalam waktu terdekat ni,tapi untuk jangka masa panjang mungkin boleh!

7. SPONSOR ABAH DAN MAMA PERGI HAJI- Yang ni pun aku teringin. Rasanya ini bukan la apa2 kalau nak dibandingkan dengan segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan untuk aku. Tercapai ke tidak, aku tak mampu menjanjikan lebih2. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat sponsor apa yang termampu. Kalau boleh aku nak pergi sekali dengan mereka. Lagi bererti rasanya..InsyaAllah kalau diizinkan..

8. BMW 5 SERIES- Haa...yang ni lagi satu. Memang dari dulu minat ngan BMW . Kire nye kereta idaman la..tapi time tu tak de la 5 series macam skarang  kn..apa nama model tu aku pun dah lupa. Tapi serius cakap, BMW memang lawa la. Kereta ni nampak sporty dan pada masa yang sama nampak la ciri2 elegan tu..hehe..aku memang suka something yang nampak sporty cket..tak terlalu feminin. Tapi duk fikir jugak..boleh ke aku bawak kereta ni. Selalu aje kene sindir dengan abah..haha..katanya aku kecik, tak boleh bawak kereta tu..hehe..btul jugak. Tapi still aku nak jugak!Tengok la nanti cmne.. =)


love it so badly!!

So..what do you think??Boleh ke aku capai semua benda ni?Hemm..Aku rasa cukup sampai sini je entry ni. Kalau nak tulis semua yang aku nak memang tak sudah sampai esok..hehe..korang semua cmne? dah fikir apa yang nak dicapai? Memandangkan semua ni agak banyak dan ada antara nya agak susah nak dapat, terpaksa lah aku usaha betul2 nak dapat. Macam satu kata pepatah ni 'no pain,no gain'.  =)










*teringat karangan time skolah dulu tajuk KALAU AKU SEORANG JUTAWAN...heeeee... =)














0 comments:

Post a Comment

 

~ RoS PuTiH~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review